,
Viral

Basuh Kain, Kemas Rumah & Memasak, Pesara Tentera Laut Tak Kisah Diperli Takut Bini - “Detik Indah Dapat Ringankan Beban Isteri”

Gempak
18/06/2024
03:50 MYT
Menyiapkan sarapan, masukkan kain kotor ke dalam mesin basuh, hantar isteri kerja, anak ke sekolah, jemur kain, kemas rumah serta memasak, itulah rutin harian dilakukan seorang bapa sepanjang 15 tahun selepas menamatkan perkhidmatan sebagai tentera laut.

Tak tersinggung

Mohd Azman Mohamed Razali, 49, yang bersara sebagai Laskar Kanan berkata, walaupun ada suara sinis memerli 'takut bini' namun dia tidak tersinggung dengan kata-kata tersebut.

"Bagi saya menjadi suri rumah adalah detik yang indah apabila dapat meringankan beban isteri yang bekerja sebagai jururawat.

“Pada masa yang sama, saya dapat meluangkan masa yang lebih kepada anak-anak," katanya seperti dilapor Sinar Harian.

13 tahun rasa kurang masa bersama keluarga

Menurut Mohd Azman, 13 tahun beliau kurang masa bersama keluarga kerana kekangan tugas berlayar.
Ujarnya, selepas bersara peluang bersama lima anaknya yang kini berusia lapan hingga 24 tahun digunakan sebaik mungkin.

Paling gembira lihat isteri dapat berehat

Tambah beliau, paling menggembirakan apabila melihat isteri dapat pulang ke rumah dan berehat sebaik mungkin selepas penat bekerja di hospital

"Saya juga berpeluang memantau persekolahan anak-anak, selain menjemput dan menghantar mereka.

"Kini saya bangga hasilnya sudah boleh dilihat apabila anak sulung sudah menamatkan pengajian di UiTM (Universiti Teknologi MARA) dalam bidang kejuruteraan kimia, anak kedua berusia 21 tahun berada di England mengikuti kursus perakaunan dan kewangan," katanya
Menurut Mohd Azman, walaupun menjadi suri rumah namun beliau tetap meluangkan masa mencari duit lebih dengan menjadi pemandu e-healing.
Ujarnya, menjadi suri rumah tidak menjadikan seorang suami nampak lemah sebagai ketua keluarga
Bagi saya, peluang ini digunakan sebaik mungkin untuk memastikan isteri dan anak-anak dapat fokus kepada tugasan mereka.
“Saya pula memastikan mereka hidup sempurna tanpa sebarang bebanan," katanya.
Sumber: SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

“Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti Bagai…” - Individu Dedah Perangai Sebenar Fattah Amin

gempak
18/09/2024
23:55 MYT
Isu rumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan suaminya, Fattah Amin masih menjadi perbualan hangat di setiap media sosial sejak minggu lalu.
Hiburan

Adira Suhaimi Anggap Fazura Sama Seperti Dirinya - “Dia Macam Saya Tak Tunjuk…”

gempak
18/09/2024
04:55 MYT
Pernah berdepan isu melibatkan rumah tangga, penyanyi Adira Suhaimi menyifatkan dirinya sama seperti pelakon Fazura yang tidak gemar menunjukkan sebarang tanda sedang menghadapi masalah kepada umum.
Hiburan

Terima Banyak Mesej Bertanyakan Tentang Fazura, DJ Sonic Dedah Keperibadian Sebenar Isteri Fattah Amin - “Yang Rapat Saja Tahu…”

gempak
16/09/2024
07:25 MYT
Penyampai radio, DJ Sonic mendedahkan dia menerima banyak mesej di Instagram dan WhatsApp malah ada yang menghubunginya untuk bertanyakan mengenai isu melibatkan aktres Fazura.
Hiburan

Isu Rumah Tangga Fattah & Fazura, Umie Aida Titip Nasihat - “Kita Semua Tak Perlu Masuk Campur”

gempak
16/09/2024
03:55 MYT
Isu rumah tangga antara pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura baru-baru ini menggemparkan industri hiburan dan telah mendapat perhatian ramai termasuk rakan-rakan artis.