,
Laman Utama

Basah Dengan Emosi, Larut Dalam Memori… Ini 4 Sebab Kenapa Anda Perlu Tonton Filem The Little Mermaid

Izwan Isa
24/05/2023
13:50 MYT
Mungkin anda dalam kalangan kita yang membesar sekitar tahun 90-an cukup akrab dengan filem animasi Disney, The Little Mermaid. Sebuah kisah dongeng yang mengangkat kecintaan si duyung bernama Ariel terhadap kehidupan manusia di darat.
Tidak hanya penceritaan dan plotnya, lagu-lagu yang didendangkan dalam filem animasi arahan John Musker dan Ron Clements itu turut menjadi kegemaran para penonton.
Justeru, apabila Disney mengumumkan berita adaptasi filem animasi ikonik berkenaan ke layar perak sebagai sebagai naskhah live action, ramai yang menzahirkan rasa tidak sabar untuk menonton, terutama selepas pihak produksi menamakan Halle Bailey sebagai teraju utama yang membawakan watak Ariel.
Berkesempatan menonton The Little Mermaid live-action pada sesi tontonan awal bersama media baru-baru ini, banyak hal menarik yang perlu disaksikan oleh penonton, khususnya mereka yang pernah menyaksikan naskhah animasi sebelum ini.
1. Vokal luar biasa Pengarah Little Mermaid, Rob Marshall pernah memberitahu yang Halle dipilih untuk menjayakan watak Ariel disebabkan oleh suaranya. Terbukti, lagu-lagu yang dialunkan oleh Halle, terutama Part Of The World kedengaran syahdu, sesuai dengan lakonannya.
2. Selari dengan plot asal Hampir 95 peratus jalan cerita The Little Mermaid live-action sama dengan plot asal, sekaligus mengimbau kembali momen menonton naskhah animasinya yang bersifat malar segar.
Begitupun, ada penambahan plot baharu yang sedikit sebanyak dapat memberikan nafas berbeza seterusnya membuatkan penonton keluar panggung dengan pengalaman baharu.
3. CGI Situasi dalam laut yang dipaparkan dalam The Little Mermaid tentu sekali memerlukan efek kesan khas CGI. Jika dinilai secara keseluruhan, efek CGI dalam naskhah ini boleh dikategorikan sebagai baik dan menepati keperluan jalan ceritanya.
Babak akhir yang memaparkan Ursula lakonan Melissa McCarthy juga harus dipuji kerana berjaya digarap mengikut plot asal.
4. Kasih sayang Selain percintaan antara Ariel dan Putera Eric, lakonan Jonah Hauer-King, naskhah ini juga mempertaruhkan kisah kasih sayang anak beranak, dan juga sahabat. Hal kasih sayang ini dapat disaksikan sepanjang filem ini. Selain Halle, Jonah dan Melissa, The Little Mermaid turut dibintangi oleh Daveed Diggs, Awkwafina, Jacob Tremblay, Noma Dumezweni, Art Malik dan Javier Bardem.
Little Mermaid ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula 25 Mei 2023 ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
Hiburan

Jangan Salah Faham, Disney Hanya Hilang Hak Cipta Untuk Satu Rekaan Mickey Mouse Sahaja

gempak
03/01/2024
15:55 MYT
Oh hanya satu rekaan sahaja
Laman Utama

"Saya Takut Terjatuh Dalam Sungai Waktu Malam" - Cabaran Anak Saudara Haliza Misbun Berlakon Watak Pekak

gempak
20/11/2023
11:46 MYT
“Watak Kit sangat dekat dengan alam semula jadi sedangkan saya pula berasal dari bandar"
Laman Utama

Disney Didakwa Mohon Maaf, Tawar RM1.3 Bilion Untuk Johnny Depp Berlakon Balik Pirates Of The Carribean?

gempak
29/06/2022
05:50 MYT
Johnny Depp difahamkan telah menerima permohonan maaf daripada syarikat Disney
Laman Utama

#PopcornTime : Ledakan Fesyen & Sisi Gelap Estella, Filem Cruella Masterpiece Terbaru Disney?

gempak
03/09/2021
06:53 MYT
Wajib layan!