,
Laman Utama

Baru Payung Trailer, Netizen Tak Sabar Tunggu Air Force The Movie: Selagi Bernyawa

Amri Hassan
09/04/2021
08:50 MYT
Selepas Paskal, filem yang memaparkan aset ketenteraan negara mula menjadi perhatian kaki wayang tempatan.
Terbaharu, Air Force the Movie: Selagi Bernyawa pula menjadi buah mulut netizen sejurus trailer pertamanya dilancarkan baru-baru ini.
Menerusi trailer berdurasi 1 minit 5 saat itu, beberapa babak mencemaskan dipertontonkan kepada umum.
Lebih mengujakan apabila ada beberapa trick pesawat milik negara beraksi di atas awan biru! Memang awesome!
Rata-ratanya memuji kualiti filem tempatan yang sudah semakin menampakkan hasil memberangsangkan.
@ashyahid97; "Gila best teaser Air Force the Movie: Selagi Bernyawa. Mantap sekarang movie Malaysia."
@qdrnl; "The trailer is so good."
@nadyamazle; "Macam gempak je cerita Air Force the Movie: Selagi Bernyawa ni ala-ala Paskal. Tak sabar nak tengok."
@neviedle; "Can't wait Air Force the Movie: Selagi Bernyawa. Filem macam ni yang kita patut sokong dan invest. The teaser look so promising and i'm excited to watch it."
Air Force the Movie: Selagi Bernyawa bakal memaparkan kehebatan pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia dengan kerjasama Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro dan Six Fun Media.
Filem ini mengisahkan Kapten Adib dan Major Adnan bersama skuadnya yang terlibat di dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi, iaitu sebuah negara yang sedang dalam pergolakan.
Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh pengganas.
Mengetahui akan perkara itu, Tentera Udara Diraja Malaysia telah mengarahkan misi untuk menyelamatkan mereka semua. Zafran, abang ipar kepada Adib dan juga seorang pilot SUKHOI berusaha untuk menyelamatkan mereka.
Demi keselamatan bersama, mereka harus berkorban dan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.
Diarahkan oleh Zulkarnain Azhar dan Frank See, filem ini membariskan pelakon hebat antaranya Aiman Hakim Redza, Datuk Adi Putra, Nas-T, Luqman Hafidz, Johan As’ari, Pablo Amirul, Jack Tan, Sara Ali dan ramai lagi.
Filem Air Force the Movie: Selagi Bernyawa dijangka tayang pada Ogos 2021.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.