,
Laman Utama

Baru Menang Beberapa Hari, Altimet Dah Terima Pelbagai Aduan Daripada Rakyat

Izwan Isa
14/08/2023
00:50 MYT
Tidak sampai tiga hari memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), Altimet sudah pun menerima pelbagai permintaan daripada rakyat.
Menerusi laman X, beberapa hantaran telah di balas oleh Altimet, antaranya, pertanyaan tentang masalah air yang berlaku di Taman Kosas, Ampang. “Taman Kosas tiada air, kasi adjust sikit,” tulis seorang pengikutnya.
Altimet kemudian membalas: “Maklum, sedang kerjasama dengan pegawai Air Selangor untuk Taman Kosas,” katanya.
Selain itu, terdapat juga permintaan daripada pengguna platform X agar kekerapan bas awam ditambah.
“Tolong tambah baik frequency bas RapidKL untuk laluan Lembah Jaya Utara. Amat-amat diperlukan,” kata individu berkenaan. Altimet membalas hantaran tersebut dengan berkata: “Siap. Diusahakan,” katanya.
Sebelum ini, media tempatan melaporkan yang Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman, 45, sedang membuat perancangan, mengumpul maklumat dan menyusun atur semula pasukan untuk bersiap sedia bekerja selepas majlis angkat sumpah sebagai wakil rakyat nanti.
Altimet menawan kerusi itu dengan memperoleh 26,298 undian menewaskan Sharifah Haslizah Syed Ariffin daripada Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 19,620 undi.
Menerusi kemenangan tersebut, Altimet menjadi selebriti kedua bergelar wakil rakyat selepas pelakon, Dira Abu Zahar.
BACA: PRN: Altimet Menang Di Lembah Jaya, Tewaskan Calon PN Dengan Majoriti 6,678 Undi​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Selangor FC Pertimbang Ambil Tindakan Terhadap Keputusan MFL

gempak
25/06/2024
17:58 MYT
Selangor FC sedang meneliti dan mengkaji semua saluran bersesuaian untuk mengambil tindakan seterusnya berikutan denda yang dikenakan Malaysian Football League (MFL) kepada pasukan itu.
Sukan

Steady, Altimet Pun Nak Tolong Bayar Denda RM100, 000 Yang MFL Kenakan Ke Atas Selangor FC

gempak
25/06/2024
13:50 MYT
Berita Selangor FC didenda dan diminta bayaran ganti rugi mencecah RM100,000 oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) susulan  tindakan pasukan itu 'tidak hadir' pada aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, 10 Mei lalu menjadi topik hangat di media sosial.
Berita

Cari Gula-Gula Dalam Tepung, Tarik Upih… Altimet Rancang Adakan Sukan Rakyat

gempak
09/04/2024
11:55 MYT
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau Altimet merancang untuk menganjurkan sukan rakyat bagi mengeratkan hubungan antara komuniti dan penduduk dikawasannya.
Laman Utama

Jadi Artis Kedua Bergelar YB & Mahu Semarakkan Program Agama, Siapa Yang Berhormat Altimet?

gempak
14/08/2023
07:50 MYT
Altimet secara rasmi menyandang gelaran Yang Berhormat atau YB selepas memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya pada 12 Ogos 2023.
Laman Utama

PRN: Altimet Menang Di Lembah Jaya, Tewaskan Calon PN Dengan Majoriti 6,678 Undi

gempak
12/08/2023
14:35 MYT
Tahniah!