HIBURAN
Baru Lahirkan Anak, Netizen Dah Komen Fizikal & Persoal Atikah Suhaime Ambil Epidural - “Saya Tak Keluar Dari Hospital Lagi…”
Perkongsian pelakon Datin Atikah Suhaime yang baru sahaja melahirkan cahaya mata perempuan pertamanya yang diberi nama Lyla Mulan Teh di laman sosial sentiasa menarik perhatian wargamaya.
Komen fizikal
Ramai yang mengucapkan tahniah dan teruja dengan kelahiran puteri sulungnya itu namun terdapat netizen yang mempersoalkan bentuk fizikal Atikah yang masih kelihatan sama seperti mengandung.
“Aku beranak, baby keluar saja perut terus kempis.. ke aku yang tak normal,” komen individu tersebut.
Dalam pada itu, Atikah juga ada membalas salah satu komen netizen yang mempertahankan dirinya dengan mengatakan dia masih berada di hospital dan tidak membawa sekali bengkung untuk dipakai.
“Itulah. Sabarlah, I tak discharge dari hospital lagi. Tak bawa bengkung pun,” ujarnya.
Ambil Epidural
Bukan itu sahaja, tindakan Atikah yang memilih untuk mengambil epidural juga menerima pelbagai reaksi netizen yang ada juga beranggapan pengambilan suntikan akan memberi kesan di masa hadapan.
“Epidural akan beri kesan panjang. Nanti akan selalu sakit badan, semua la. Ini hanya info,” komen seorang wargamaya.
Namun ramai dalam kalangan netizen yang berkongsi pengalaman mereka mengambil epidural untuk mengelak daripada trauma melahirkan anak dan kini dalam keadaan baik sahaja.
ARTIKEL BERKAITAN: Atikah Suhaime Kongsi Detik ‘Meneran’ Waktu Bersalin - “Hampir Putus Asa, Saya Ingat Lyla Mulan Tak Boleh Keluar”
ARTIKEL BERKAITAN: Atikah Suhaime Selamat Bersalin, Pilih Nama Lyla Mulan Teh - “Alhamdulillah, Anak Mami Yang Cantik”
ARTIKEL BERKAITAN: Atikah Suhaime Terharu Suami Beli Barang Baby Online, Netizen Puji Romantik & Humble - “Bertuah Suami Rajin Tolong Shoppingkan”
Untuk info, Atikah selamat melahirkan anak pertamanya iaitu Lyla Mulan Teh pada 8 Mac di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya.
Untuk rekod, Atikah sah bergelar isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun, Datuk Lokman Teh, 35, dengan sekali lafaz pada 21 Januari 2024.
Must-Watch Video