,
Laman Utama

Baru Join TikTok, Akaun Johnny Depp Diikuti 6 Juta Pengguna

Maliah Surip
08/06/2022
02:50 MYT
Apa sahaja tentang Johnny Depp tidak pernah tidak mendapat sambutan. Apa lagu sejak kes saman fitnahnya dengan mantan isteri, Amber Heard berlangsung sehingga mahkamah memutuskan kemenangan berpihak kepada Depp, peminat terus memberi sokongan kepada aktor tersebut.
Kini, seminggu setelah keputusan berpihak kepadanya, Depp buat pertama kali membuka akaun TikTok rasmi miliknya dengan nama @JohnnyDepp yang terus mendapat perhatian pengguna media sosial.
Dilaporkan sehingga kini lebih 6 juta pengguna sudah mengikuti akaun TikTok miliknya.
Depp memperkenalkan diri di biografi sebagai Occasional Thespian bersama foto hitam putih miliknya.
Sebagai informasi, Thespian merupakan istilah yang biasa digunakan untuk menggambarkan seorang aktor.
Bintang berusia 58 tahun itu menampilkan klip video dirinya saat berada di mahkamah.
“Kepada semua penyokong setiaku. Kita telah bersama dan melihat banyak perkara bersama.
“Kita telah melakukan hal yang betul bersama kerana sikap kepedulian buat saya.
“Tapi sekarang kita semua akan move on (bergerak ke depan) bersama sama. Kalian akan selalu menjadi ‘orang’ yang saya sayangi. Terima kasih,” tulis Depp.
Bagaimanapun kemunculan Depp di Tiktok bukan sahaja mendapat respon yang baik dari dalam kalangan pengguna media sosial tetapi juga dari pihak peguam Heard.
Pihak Heard menyelar tindakan Depp mengajak penggemarnya untuk move on tidak membantu hak kaum wanita yang disifatkan tertinggal.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.