,
Laman Utama

Baru Dua Tahun Beli, Joe Jonas & Isteri Jual Rumah Agam

Gempak
24/06/2021
11:10 MYT
Baru dua tahun membeli sebuah agam, pasangan selebriti Hollywood popular, Joe Jonas dan Sophie Turner membuat keputusan untuk menjualnya pada harga AS$16.75 juta (bersamaan RM70 juta).
Memetik laporan HollywoodLife, kediaman mewah tersebut terletak di kawasan perumahan golongan elite di Royal Oaks, Encino, California.
Rumah agam tersebut mempunyai keluasan 15,000 kaki persegi dengan sembilan bilik tidur dan 11 bilik mandi.
Ia juga dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan mewah lain seperti kolam renang, gimnasium hinggalah salon penggayaan rambut.
Bagaimanapun, Joe, 32, dan Sophie, 25, tidak menyatakan sebarang sebab penjualan kediaman tersebut.
Namun, sumber mengatakan mereka bakal berpindah ke kediaman yang tidak kurang mewahnya selepas ini.
Pasangan popular ini membeli rumah agam itu dengan harga AS$14.1 juta (RM59 juta) pada 2019.
Secara numerik, pasangan ini meraih keuntungan daripada hasil jualan itu tidak termasuk kos lain yang berkaitan.
Sekadar info, Joe dan Sophie mendirikan rumah tangga pada 1 Mei 2019.
Hasil perkongsian hidup, mereka memiliki seorang cahaya mata perempuan, Willa yang hampir memasuki usia setahun.
Foto: American Luxury & The Knot News
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Sembilan Bulan Berdiam, Joe Jonas Akhirnya Buka Mulut!

gempak
05/05/2021
01:22 MYT
Penyanyi Hollywood, Joe Jonas akhirnya bercakap tentang anak perempuannya, Willa yang kini berusia sembilan bulan.
Laman Utama

Bangga Terima Suntikan Vaksin COVID 19, Sophie Turner & Joe Jonas Selfie Dalam Tandas

gempak
09/04/2021
12:55 MYT
ramai yang sudah ambil vaksin cegah COVID 19
Hiburan

Takutkan Covid-19, Sophie Turner Pakai Pelitup Muka Ketika Bersalin

gempak
23/12/2020
04:20 MYT
Semua takutkan Covid-19, kena berjaga-jaga sentiasa!
Berita

Tony Fernandes Jual Rumah Agam RM13.6 Juta Di Scotland, Siap Ada Sauna, Gelanggang Tenis...Jom Intai!

gempak
20/11/2020
05:15 MYT
Difahamkan Tony Fernandes terpaksa jual rumah agamnya demi menyelamatkan empayar perniagaannya.
Nusantara

Timang Bayi Perempuan, Joe Jonas, Sophie Turner Berhati Hati

gempak
28/07/2020
06:52 MYT