,
Laman Utama

Baru 4 Bulan, Bayi Atta Halilintar & Aurel Hermansyah Diajar Pakai Tudung, Baju Tak Terlalu Terdedah

Azwa Rahman
11/06/2022
10:19 MYT
Pasangan sensasi Indonesia, Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah dilihat semakin bahagia dengan kehadiran puteri sulung mereka, Ameena Hanna Nur Atta.
Apa yang menarik perhatian wargamaya lagi adalah Ameena sudah diajar untuk mengenakan tudung sejak berusia beberapa bulan lagi.
Bukan itu sahaja, memetik laporan Kapan Lagi, pasangan tersebut juga tidak mahu bayi mereka memakai pakaian yang terlalu mendedahkan anggota badan.
Menerusi satu perkongsian di vlog mereka, Atta tidak mahu anaknya memakai pakaian yang terlalu terdedah manakala Aurel pula tidak mahu Ameena terlalu berpakaian tertutup kerana dikhuatiri berasa panas.
Di laman sosial Instagram, Ameena sering dipakaikan pakaian yang tertutup dan ada kalanya lengkap bertopi.
Menurut Atta, sebagai seorang ayah, dia mahu memberikan yang terbaik buat puteri sulungnya itu.
Sekadar info, Aurel, 24, dan Atta, 28, diijabkabulkan di Hotel Raffles pada 3 April lalu.
Anak sulung mereka, Ameena Hanna Nur Atta selamat dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Jakarta pada 22 Februari lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Nusantara

Pengawal Peribadi Pempengaruh Ancam Culik Wartawan

gempak
06/09/2024
15:55 MYT
Dalam kekecohan yang berlaku, pengawal peribadi tersebut mengeluarkan ancaman untuk menculik wartawan.
Hiburan

Atta Halilintar Akui Bukan Mudah Jadi ‘Daddy Muda’ - “Anak Perempuan Ini Tanggungjawab Atas Ayahnya Sampai Nikah”

gempak
30/04/2024
06:55 MYT
Suka tengok Ameena & Azura.
Hiburan

Anak Baru 2 Tahun, Atta Halilintar & Aurel Berikan Kereta Mewah Hadiah Hari Jadi

gempak
24/02/2024
05:00 MYT
Anak sulung pasangan selebriti Indonesia, Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah genap berusia dua tahun.
Laman Utama

Netizen Samakan Bilik Pembantu Rumah Atta Halilintar Macam Sel Penjara

gempak
13/12/2023
11:55 MYT
Alamak kenapa tu.
Laman Utama

Pernah Benci Ibunya, Aurel Hermansyah Ikhlas Berdamai Dengan Kris Dayanti

gempak
28/07/2023
13:40 MYT
hubungan Aurel dan Kris Dayanti semakin pulih dan kembali akrab.