,
Laman Utama

Bariskan 3 Jejaka Terlaris 2023, Semak Fakta Menarik Tentang Filem Komedi Aksi Klepet!

Amri Hassan
03/12/2023
11:58 MYT
Produksi milik pasangan pelakon popular Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, Respected Citizen tampil dengan karya terbaharu berjudul Klepet.
Filem ketiga yang diterbitkan Wawa Cosmetics itu bakal memulakan penggambaran pada Disember ini dan dijangka tayang pada Julai atau Ogos 2024.
Klepet merupakan filem bergenre komedi aksi yang akan menjalankan penggambaran sepenuhnya di Melaka dengan sokongan dana pelengkap Finas melalui Dana Kandungan Digital (DKD).
Jom semak apa yang menariknya tentang filem ini:

1. Idea percutian motohome

"Idea untuk buat filem apabila melihat tiada lagi filem yang berunsurkan motorhome atau caravan di Malaysia.
"Kerana genre yang sedia ada di pasaran, penonton sudah boleh jangka.
"Tambah lagi sekarang mood healing menjadi trend netizen, suka pergi perkhemahan dan camping," kata Aeril.

2. Meerqeen, Aedy Ashraf, Nadhir Nasar tunjang utama

"Bercakap soal pemilihan pelakon yang namanya sedang naik memang kami melihat dari sudut pemasaran, itu yang kami perlukan dan diambil kira.
"Kami yakin dengan pasukan produksi dan pelakon yang ada mampu untuk melonjakkan filem ini.
"Saya juga target boleh cecah RM6-7 juta kutipan. Saya bercakap berdasarkan logik," ujarnya.

3. Pelakon Ukraine

Selain Aedy Ashraf, Meerqeen dan Nadhir Nasar, Klepet turut dibintangi Joey Daud, Adlin Aman Ramlie, Namie dan Eric Fauzi.
Sementara itu, turut menampilkan wajah baharu seperti Arfie Shah dan Darina Porhun.
"Saya sangat berbangga menjadi sebahagian daripada produksi filem ini dan bertuah sebenarnya dapat bekerja bersama individu yang hebat. Pastinya ini menjadi pengalaman bermakna saya," kata Darina.

4. Pengarah animasi

Filem ini diarahkan oleh pengarah yang bakatnya tidak perlu disangkal lagi kerana pernah terlibat secara langsung dalam animasi tempatan dan luar negara termasuk syarikat studio terkenal iaitu Indra Putra.
Sebelum ini, beliau pernah terlibat dalam CGI untuk filem CJ7, Spiderman dan Life of PI.

5. Telan belanja RM2.1 juta

"Filem ini dijangkakan menelan belanja sekitar RM2.1 juta," tambah Wawa Zainal.
Selain itu, Klepet bakal menjalani penggambaran sekitar 18 hari di Melaka.

Sinopsis Klepet

Tiga orang sahabat Paly, Jany dan Wadi yang sedang menikmati percutian mereka bersama-sama Kumpulan Motorhome menjadi huru-hara dengan kedatangan Lola iaitu seorang gad raine yang melarikan diri daripada kumpulan penculikan (scammer) iaitu Yak dan Jud.Lo la dipukul pengsan oleh Paly kerana terkejut melihat kelibat Lola yang dipenuhi darah.
Dalam masa yang sama seorang pemain saksofon istimewa turut menyertai Paly, Jany dan Wadi yang telah ditinggalkan oleh band-nya. Hajat Paly untuk menyelamatkan Lola dengan membawa Lola ke klinik tidak dipersetujui oleh Wadi.
Keadaan menjadi lebih teruk lagi apabila mereka terlanggar Hitman iaitu pembunuh misteri yang membawa wang tunai yang sangat banyak. Paly terlihat wang itu lalu mencurinya dan menyimpannya di dalam Motorhome mereka, ketika Hitman sedar dia mendapati wangnya dicuri oleh pemilik Motorhome tadi. Kini Paly, Jany dan Wadi diburu pula oleh Hitman.
Kerana takut dikesan mereka bertiga bercadang mencuci wang tersebut kepada seorang ketua sindiket haram iaitu Lawi. Namun keadaan menjadi huru hara kerana Wadi dan Jany telah salah memberi wang tersebut kepada orang yang salah. Dalam masa yang sama Lola tersedar dan melarikan Motorhome mereka.
Sehingga kesemua watak bertemu di antara mereka lalu bermula adegan kejar mengejar Motorhome tersebut. Hitman, Yak dan Jud. Rawi, Paly, Jany, Wadi dan Alfi mula mengejar Lola. Setiap da mereka mempunyai matlamat masing-masing.
Dapatkan Paly, Jany dan Wadi mengejar Lo untuk mengambil semula Motorhome mereka?
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hiburan

Wawa Zainal & Aeril Zafrel Mohon Netizen Henti Buat Spekulasi Isu Rumah Tangga Fattah, Fazura - “Bukan Sebab Curang, Mungkin…”

gempak
17/09/2024
01:37 MYT
Isu rumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin masih lagi menjadi perbualan hangat di laman sosial selepas aktres itu dilaporkan memfailkan perceraian terhadap suaminya pada Jumaat lalu.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.