Hiburan
Barangan Rumah Che Ta Bernilai Hampir RM100,000 Disita
Pelbagai barangan rumah aktres Rozita Che Wan bernilai hampir RM100,000 disita oleh pihak mahkamah pada Selasa.
Menurut wakil peguam yang enggan dikenali, selain penilaian harga barangan, pihaknya turut menyerahkan writ kepada ibu Rozita atau Che Ta kerana aktres berusia 51 tahun itu tiada di rumah.
“Hari ini kita serahkan writ, buat penilaian harga barang dan penyitaan. Ini kehadiran kali kedua ke rumah Rozita.
“Kami pernah hadir kali pertama bulan lalu tetapi tidak mendapat kerjasama. Jadi kali ini kami dapat perintah mahkamah untuk masuk.
“Nilai anggaran barang rumah tadi tidak sampai RM100,000, kebanyakan barangan peribadi,” katanya mewakili Majlis Amanah Rakyat (Mara).
BERITA TRENDING: “Lelaki Lemah Sahaja Yang Akan Pukul Perempuan” - Hisyam Hamid
BERITA TRENDING: Pinjam Mara Hampir RM1 Juta, Rumah Che Ta Diserbu
BERITA TRENDING: Azan Scan Terasa Hati Dibayar Murah Untuk Menyanyi, Tahu Ada Artis Baharu Dibayar Tinggi! - "Letak Harga Bawah RM2,000, Kami Nak Makan Apa?"
BERITA TRENDING: Sah Alicia Amin Adalah Intan, Netizen Approve! - “You Berjaya Sis”
Tambah wanita berkenaan, pihaknya kini menunggu arahan selanjutnya dari mahkamah untuk melakukan proses lelongan, dijangka dalam masa dua minggu lagi.
Katanya, apa-apa proses rundingan selepas ini perlulah melalui mahkamah.
“Buat masa ini kita akan tunggu arahan selanjutnya untuk proses lelongan. Kalau ada rundingan selepas ini, semuanya melalui proses mahkamah.
“Tarikh lelongan sudah ada, tetapi kita tunggu surat selanjutnya dari mahkamah,” jelasnya yang tidak menafikan jumlah hutang aktres itu hampir RM1 juta.
Sementara itu, anak sulung Che Ta iaitu Ammar Effendy, 28, yang ditemui di pekarangan rumah ibunya, enggan memberi sebarang komen berkaitan penyitaan itu.
Terdahulu, pihak Mara bersama peguam dan wakil mahkamah melakukan serbuah ke kediaman Rozita di Kota Damansara selepas pelakon 4 Madu itu gagal melunaskan hutangan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.
Sumber: Sinar Harian
Must-Watch Video