,
Laman Utama

Barang Dekorasi Rumah Serendah RM1, Dapat Khidmat Interior Designer, Banyak Lagi Menarik Di Rumah Artis!

Amri Hassan
09/12/2022
15:55 MYT
Menjadi impian sesiapa sahaja untuk mendiami rumah yang mempunyai dekorasi yang menarik. Bagaimanapun berhadapan dengan isu harga selain tidak mempunyai kepakaran dalam rekaan sering membantutkan impian ini.
Melihat ini sebagai peluang dalam perniagaan selain ruang untuk membantu golongan ini mendapatkan kediaman pilihan, Rumah Artis muncul dengan pakej yang cukup berbaloi.
Selain menyediakan perkhidmatan perunding hiasan dalaman, di Rumah Artis juga pelanggan turut boleh mendapatkan barangan hiasan rumah dengan harga yang cukup berpatutan dan berkualiti serendah RM1.
Sebagai pemilik Rumah Artis dan jurucakap, pelakon dan usahawan Putra Amaris menjelaskan idea perniagaan ini hadir melalui minat yang mendalam terhadap bidang dekorasi.

Khidmat Azirun Ramly

Tambahnya, menjadi impianya suatu hari nanti juga, agar Rumah Artis menjadi lokasi pusat sehenti bagi mereka yang ingin mendekorasi kediaman mahupun apa juga ruang pilihan.
"Di sini bukan sahaja perabot, tetapi kami juga menyediakan perkhidmatan perunding hiasan dalaman yang akan mengetengahkan Azirun Ramly.
"Saya yakin dengan latar belakang Azirun sebagai pereka fesyen sebelum ini mampu memberi kepuasan kepada pelanggan yang datang ke Rumah Artis.
"Paling penting apa yang ingin saya sampaikan, Rumah Artis adalah lokasi ideal bagi mereka yang ingin mendapatkan idea mahupun produk perhiasan rumah dengan harga yang murah selain menepati cita rasa.

Sewa barang dekorasi

"Sebagai anak seni saya juga tahu akan kesulitan yang dihadapi produksi kita dalam mendapatkan pelbagai produk perhiasan untuk menjayakan penggambaran. Di Rumah Artis juga kami turut menyediakan perkhidmatan menyewa barangan dekorasi termasuk menjadikan lokasi ini sebagai set," katanya.
Tambah Amaris, dalam memastikan perniagaan ini mendapat tempat di hati penggemar hiasan dalaman dia juga dalam perancangan untuk membuka lebih banyak cawangan Rumah Artis dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
"Memang menjadi harapan saya agar jenama Rumah Artis ini akan menjadi pilihan penggemar dekorasi dalaman. Sebab itu kami juga dalam perancangan untuk membuka lebih banyak cawangan kelak.
"Di sini saya juga ingin meminta perunding hiasan dalaman yang ingin bernaung bersama kami untuk terus ke Rumah Artis. Memang kami memerlukan lebih ramai perunding hiasan dalaman yang mempunyai idea yang lebih berani," katanya lagi.

Bayar ikut kemampuan

Sementara itu bagi Azirun pula kesempatan untuk bergelar perunding hiasa dalaman di Rumah Artis, memeri ruang untuk dirinya berkarya.
Walaupun bergelar pereka fesyen ketika ini, namun dia yakin untuk mencurahkan idea yang menarik dalam memberi kepuasan kepada setiap pelanggan Rumah Artis.
"Sesuai dengan slogan Rumah Artis ‘Deko orang kaya, harga boleh kira’ saya bertanggungjawab untuk membantu pelanggan untuk mecapai impian mereka dalam mendiami rumah dengan dekorasi pilihan.
"Kita tahu ada ramai yang skeptikal dengan perunding hiasan dalaman yang pada mereka akan mengambil kesempatan ketika mengenakan bayaran.
"Tetapi di sini kami menyediakan perkhidmatan yang memberi fokus kepada kemampuan pelanggan. Bukan itu sahaja, pelanggan boleh mendapakan produk dekorasi rumah dengan harga yang mampu bilik dari sebesar besar perabot sehingga sekecil kecil produk antaranya lampu meja.
"Jadi saya menyeru kepada mereka yang mungkin sedang mencari idea ataupun memerlukan bantuan dari segi nasihat boleh ke Rumah Artis, untuk mendapatkan bantuan dekorasi," katanya.
Bagi mereka yang ingin melawat ruang pameran Rumah Artis boleh ke Rumah Artis, 3, Jalan Cumarasami, Taman Kaya, Sentul, 51100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Viral

Fesyen Nenek 80 Tahun Curi Perhatian, Digelar Legendary Glamma

gempak
17/11/2024
15:24 MYT
Bermula dengan kreativiti cucu menggayakan dirinya dengan pelbagai fesyen, merakam gambar lalu berkongsi di media sosial, seorang nenek kini menjadi terkenal.
Hiburan

Rumah Lengkap Tasik Buatan & Padang Golf, Momo Geisha Ada 20 Pembantu

gempak
12/11/2024
06:56 MYT
Vokalis kumpulan Geisha, Momo diketahui berkahwin dengan seorang usahawan kaya pada 2017.
Gaya Hidup

Kempen Beli Barangan Malaysia Cipta Rekod di MGM 2024

gempak
08/11/2024
13:59 MYT
Kempen 'Beli Barangan Malaysia' dalam program tahunan 'My Gaya Month' (MGM) 2024 telah mencatatkan jualan bernilai RM1 juta sepanjang sebulan, melangkaui sasaran awal.
Gaya Hidup

Gunting Rambut Online, Roger Anytime! Aplikasi Baharu myBarber Mudahkan Bro-Bro Nak Kekal Handsome & Kemas Tak Perlu Keluar Rumah

gempak
04/11/2024
19:04 MYT
Jika sebelum ini adanya aplikasi yang memudahkan makanan dihantar ke depan pintu rumah, kini muncul pula aplikasi baharu myBarber yang membolehkan korang menempah servis memotong rambut secara atas talian.
Unitar