,
Laman Utama

"Bapa Saya Pernah Menyanyi Dalam Masjid" - Priyanka Chopra

Amri Hassan
21/03/2021
06:49 MYT
Tindakan pelakon Bollywood, Priyanka Chopra mengulas mengenai agama di India mencetuskan ketegangan umum di media sosial.
Ramai yang tidak berpuas hati dengan ayat yang dituturkan Chopra dalam temubual bersama Oprah Winfrey baru-baru ini.
Chopra yang diundang sebagai tetamu ditanya Winfrey memberitahu dirinya melalui perjalanan spiritual yang hampir sama dengan semua agama di negara asalnya.
Pelakon filem Dostana itu ditanya sama ada dia punyai asas spiritual yang kukuh memandangkan di India punyai banyak agama berbeza.
"Saya rasa ya. Di India sukar untuk tidak (punyai asas spiritual). Kamu betul. Dengan pelbagai agama yang kami anuti, kami hidup aman damai.
"Saya membesar di sekolah convent. Saya sedar mengenai Kristian. Bapa saya juga pernah menyanyi di dalam masjid, saya sedar tentang Islam.
"Saya membesar dalam keluarga Hindu, saya pun sedar mengenainya. Spiritual menjadi bahagian terbesar di India yang kamu tak boleh abaikan," katanya dalam teaser 2 minit rancangan bual bicara itu.
Kata-kata Chopra dianggap tidak tepat dan ramai yang beranggapan pelakon itu tidak punyai pengetahuan mendalam tentang agama. Sebelum ini pun, Chopra pernah dilabelkan sebagai jahil tentang isu semasa apabila menyokong kekejaman sedangkan dirinya dilantik sebagai duta Unicef.
Ketika ketegangan antara negara India dan Pakistan, Chopra difahamkan menyokong peperangan dan pernah memuat naik ciapan berbunyi 'Jai Hind!' #IndianArmedForces.
Rancangan bual bicara Winfrey bersama Chopra itu bersiaran pada 20 Mac sempena dengan siri SuperSoul.
Sumber: Images
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.