gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Perkara Ini Mengganggu Mental Saya Sebab ..." - Arfie Shah
HIBURAN
‘SAYANG’; Filem Kerjasama Malaysia–Taiwan Bakal Menemui Penonton Tahun 2026
HIBURAN
Lee Je-hoon Kembali! Taxi Driver Musim 3 Lebih Kejam, Gelap
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Bapa Lari Rumah Gara-Gara Anak Tak Izinkan Kahwin Lagi

Gempak
Gempak
21/02/2025
01:45 MYT
Sponsor Banner
Bapa Lari Rumah Gara-Gara Anak Tak Izinkan Kahwin Lagi
Seorang lelaki berusia 65 tahun di Ciputat Timur, Indonesia, melarikan diri dari rumah selepas anaknya tidak membenarkan dia berkahwin lagi, lapor detik.com.
Ketua Polis Daerah Ciputat Timur, Komisioner Bambang Askar Sodiq, berkata lelaki itu tiba di balai polis dalam keadaan terpinga-pinga dan meminta segelas air.
"Semasa lelaki itu datang ke balai polis, dia kelihatan seperti terpinga-pinga. Mula-mula dia cuma minta minum dan kemudian mengaku menumpang di rumah anaknya yang beralamat di Setu Bungur, Pondok Ranji, Ciputat Timur," kata Bambang.
Polis kemudian bertanya lokasi tempat tinggalnya dan setelah dia mengingati alamatnya, mereka membawanya pulang pada hari yang sama.
"Pada hari Selasa, 11 Februari lalu, kira-kira jam 1 petang, dua pegawai polis telah mengiringi lelaki tersebut ke rumah anaknya untuk tujuan siasatan lanjut," tambahnya.
Menurut keluarganya, lelaki itu keluar rumah pada Isnin jam 12 tengah hari, menyebabkan keluarganya mencarinya di beberapa stesen bas tetapi gagal menemui.
"Menurut anggota yang membawanya ke rumahnya, keluarganya memberitahu ayahnya melarikan diri dari rumah anaknya kerana ingin berkahwin semula tetapi anaknya tidak membenarkannya," kata Bambang. - Agensi
Topic Berkaitan
#Kahwin
#Anak
#Indonesia
#Jakarta
#Bapa
#Rumah
#Lari
#Merajuk
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement