HIBURAN
Bapa Eda Ezrin Harap Dapat Beraya Haji Bersama-Sama - "Keluarga Ada Rancang Adakan ..."
Bapa penyanyi dikir barat Wan Norshaheeda Azlin atau lebih dikenali sebagai Eda Ezrin berharap dapat menyambut Hari Raya Aidiladha bersama anak perempuannya itu selepas Mahkamah Wilayah Narathiwat melanjutkan tempoh tahanan anaknya selama 30 hari lagi bermula 6 April lepas.
BERITA TRENDING: Eda Ezrin Sabar Menunggu Detik Kembali Ke Pangkuan Keluarga, Anak-Anak Datang Melawat Pada Raya Keempat
BERITA TRENDING: Kes Pil Kuda: Eda Ezrin, Suami & 4 Rakan Kena Tinggal Lagi Sebulan Lagi Di Penjara Narathiwat
Wan Ismail Wan Yusuf, 52, berkata, keluarganya telah menerima hakikat bahawa Eda tidak dapat beraya Aidilfitri bersama mereka namun berharap Aidiladha nanti membawa sinar baharu."Keluarga juga ada merancang mengadakan kenduri kesyukuran bersama kelab peminat selepas pembebasan Eda,” katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa.
Beliau meluahkan rasa pilu apabila menerima sepucuk surat tulisan tangan anaknya yang disampaikan oleh seorang wartawan yang melawat Eda di penjara baru-baru ini.
Media sebelum ini melaporkan enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi dikir barat wanita popular ditahan dalam serbuan di sebuah hotel di pekan Golok pada 1 November tahun lepas kerana didakwa memiliki lebih 6,000 biji pil kuda. - Bernama"Membaca surat itu terasa seperti dia berada di depan mata. Sayu sebab saya tak sempat berjumpa dengannya semasa raya,” katanya.
Must-Watch Video