,
Laman Utama

Banyak Stunt Ganas Dilakukan Sendiri Dalam Kate, Mary Elizabeth Winstead Kongsi Momen Kena Lempar Ke Dinding

Syafiqah Jalal
09/09/2021
10:51 MYT
Bintang Hollywood Mary Elizabeth Winstead sekali lagi tampil dengan aksi serta kemahiran yang luar biasa dalam filem terbaharu Netflix, berjudul Kate.
Aksi dan lagak ngeri yang dilakukan dalam Kate kali ini benar-benar menonjolkan sisi yang berbeza dalam karier lakonan Mary Elizabeth.
Membawakan watak utama sebagai Kate, ia mengisahkan seorang pembunuh upahan yang sangat cekap dan terlatih. Akan tetapi, setelah gagal dalam misi yang menyasarkan seorang ahli yakuza di Tokyo, dia serta-merta mendapat tahu dirinya diracun.
Racun itu seolah-olah merupakan hukuman mati dengan perlahan yang memberi dia masa kurang daripada 24 jam untuk membalas dendam terhadap pembunuhnya.
Selain Mary, Kate dibintangi oleh pelakon hebat Woody Harrelson, Miku Marteneu dan ramai lagi serta diarahkan oleh Cedric Nicolas-Troyan.
Gempak berpeluang menemu ramah secara eksklusif dalam sidang alam maya bersama Mary Elizabeth baru-baru ini untuk bercerita lanjut mengenai pembabitannya dalam Kate. Menurut Mary dia tertarik dengan Kate sejak pertama kali ditawarkan kepadanya. Lebih-lebih lagi apabila mengetahui Jonathan Eusebio yang mesra dengan panggilan Jojo merupakan pengarah lagak ngeri yang pernah bekerjasama dengannya dalam Filem Birds of Prey.
“Saya terus tertarik dengan idea filem Kate ini sendiri sejak pertama kali ia disampaikan kepada saya dan lebih menarik apabila saya tahu pula Jojo dan pasukannya juga akan terlibat.
“Ini kerana saya pernah bekerjasama dengan mereka dalam Filem Birds of Prey, dan saya amat menyukainya.
“Mula-mula agak ragu-ragu juga untuk terima kerana banyak aksi yang meletihkan perlu dijayakan. Tetapi bila membaca skripnya ia sangat bagus,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai watak Kate, Mary memberitahu ia satu karakter yang hebat kerana mencabar dirinya dari segi fizikal dan emosi.
“Kate adalah watak yang hebat. Rasanya lebih mencabar daripada apa yang pernah saya lakukan sebelum ini.
“Bukan sahaja mencabar dari segi fizikal malah juga emosi namun apabila dapat melakukannya ia sangat menggembirakan saya. Oleh itu saya tak mahu melepaskan peluang ini,” jelasnya lagi.
Sebahagian besar aksi lagak ngeri dalam Kate dilakukan sendiri, Mary memberitahu ia sesuatu kepuasan yang luar biasa.
“Sebilangan aksi lagak ngeri ini disesuaikan dengan saya sejak awal saya berlakon dalam filem ini lagi.
“JoJo telah membuat koreografi pergaduhan sedemikian rupa sehingga saya dapat melakukan sebahagian besarnya sendiri. Kerana dia mengenali saya dari Birds of Prey, dia menyedari apa yang saya mampu.
“Dia membuat koreografi pergaduhan dengan mengetahui, "Ini adalah sesuatu yang saya rasa Mary dapat lakukan."
“Oleh itu, sebahagian besar aksi aksi, saya lakukan sendiri. Terdapat banyak momen hebat juga, seperti dilemparkan ke dinding ke bilik lain. Saya tidak buat begitu. Tetapi semua perkara lain yang saya buat, dan saya sangat seronok. Saya sangat bersyukur dapat melakukannya,” ceritanya lagi.
Jangan lupa saksikan Kate yang bakal menemui penonton dalam saluran Netflix bermula 10 Spetember, esok. Foto: Netflix
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.