gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HOLLYWOOD
Hubungan Cinta Chris Martin, Dakota Johnson Kandas
HOLLYWOOD
Tom Cruise Pegang Rekod Dunia Buat Terjunan Payung Terjun Terbakar
VIRAL
"Itu Jalan Pertama & Terakhir..." - Pilu, Abang Reda Pemergian Adik Sekeluarga Nahas Di Jerantut
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

“Pengorbanan Saya Tahun Ini Bukan Pada Sembelihan Namun…” – Tamat Misi Kayuhan Ke Madinah, Amar Baharin Menangis Ziarah Makam Nabi

gempak
Umirah Halim
07/06/2025
13:55 MYT
Sponsor Banner
“Pengorbanan Saya Tahun Ini Bukan Pada Sembelihan Namun…” – Tamat Misi Kayuhan Ke Madinah, Amar Baharin Menangis Ziarah Makam Nabi
Pelakon, Amar Baharin menyifatkan Aidiladha tahun ini sebagai antara paling bermakna dalam hidupnya apabila berjaya menamatkan misi kayuhan sejauh ribuan kilometer ke Masjid Nabawi, Madinah.
Dalam satu perkongsian di Instagram, Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd. Baharin, 39, meluahkan bahawa pengorbanan yang dilakukan tahun ini bukanlah pada aspek sembelihan haiwan, tetapi pada masa dan tenaga yang dicurahkan dalam perjalanan tersebut.
“Pengorbanan aku tahun ini bukan pada sembelihan binatang ternakan, namun lebih kepada pengorbanan masa, tenaga untuk bermusafir melihat kebesaran Allah,” tulisnya.
Jelas Amar lagi, setiap langkah dan kayuhan sepanjang perjalanan itu adalah pengalaman berharga yang tidak ternilai dengan wang ringgit.
View this post on Instagram
A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin)
“Setiap inci tanah yang aku lalui, sama ada melangkah atau berkayuh, adalah pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.
“Lelah dan keringat perjalanan hilang tatkala melihat atap Masjid Nabawi yang tersergam indah penuh sejarah di Tanah Haram yang penuh barokah,” ujarnya.
Tambah Amar, momen menziarahi makam Nabi Muhammad SAW juga menyentuh perasaannya sehingga mengalirkan air mata.
“Mengalir air mata ziarah Nabi Muhammad SAW kekasih Allah, Habibullah. Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar Walillahilhamd,” tulisnya lagi.
Sekadar info, misi kayuhan Amar dan Qobin sampai ke penghujungnya selepas selamat tiba di Masjid Nabawi pada pukul 10.45 pagi waktu Arab Saudi (3.45 petang waktu tempatan), Khamis lalu.
Dua sahabat itu memulakan perjalanan sejak 27 April lalu, dan majlis pelepasan rasmi disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Topic Berkaitan
#Menangis
#Makam
#Amar
#Baharin
#Nabi
Must-Watch Video