,
Laman Utama

“Banyak Sangat Fitnah Yang…”- Rina Harun Tegas Kompaun Rumah Bonda Ikut Lunas Undang-Undang

Gempak
19/06/2022
02:13 MYT
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata kompaun terhadap Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda (Rumah Bonda) bukan atas dasar budi bicara beliau sebaliknya berlandaskan undang-undang sedia ada.
"Banyak sangat fitnah yang mengatakan saya melindungi Rumah Bonda dan sebagainya... kena faham dan ingat ...kita memberikan saman itu mengikut akta, jadi akta itu menyebut kompaunnya RM5,000 ...bukan saya yang tentukan.
"Ia mengikut undang-undang sedia ada... itu bukan di bawah budi bicara saya, itu adalah yang termaktub di dalam akta," katanya.
Rina berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas dakwaan beliau melindungi Rumah Bonda.
Semalam, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam satu kenyataan menafikan Rina bersubahat melindungi Rumah Bonda selain menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak berasas serta berunsur fitnah.
KPWKM turut memaklumkan bahawa segala tindakan yang diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sejak Julai 2021 ke atas Rumah Bonda adalah berdasarkan peruntukan undang-undang.
Kenyataan itu merujuk kepada hantaran di laman Instagram pada 12 Jun lepas yang mempertikai nilai kompaun penguatkuasaan ke atas Rumah Bonda hanya RM5,000 dan menuduh Rina bersubahat melindungi pusat jagaan berkenaan.
Dalam pada itu, Rina berkata perbincangan telah dilakukan bersama Kementerian Sumber Manusia berkaitan inisiatif perlindungan sosial untuk suri rumah.
Beliau berkata KPWKM turut menyokong penggubalan Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah dan berharap ia akan dilulus serta dilaksanakan demi kepentingan wanita.
Rabu lepas, Setiausaha Wanita Perikatan Nasional Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata kerajaan perlu mengumumkan segera pelaksanaan inisiatif perlindungan sosial suri rumah yang telah dipersetujui sebelum ini.
Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Marissa Minta Netizen Jaga Hal Sendiri - "Bersyukurlah Aib Kita Allah Masih Jaga"

gempak
29/08/2024
23:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Marissa Dania meminta netizen untuk berhenti membuat sebarang spekulasi mengenainya sehingga boleh mengundang fitnah.
Hiburan

Lagi Sekali Difitnah, Ibu Aliff Aziz Mahu Utamakan Kehidupan Tanpa Fikir Orang Lain - “Saya Sangat Terhibur Dengan…”

gempak
19/08/2024
01:55 MYT
Lagi sekali ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza berkongsi paparan skrin sebuah artikel yang menuduhnya menghina bekas menantu, penyanyi Bella Astillah.
Hiburan

Mahu Perjuangkan Hak, Puteri Sarah Liyana Teruskan Saman Fitnah & Pecah Amanah Terhadap Bekas Pekerja - “Sebab Saya Di Pihak Yang Benar, Nak Dapatkan…”

gempak
01/08/2024
07:05 MYT
Pelakon Puteri Sarah Liyana memberitahu dia tetap berkeras mahu meneruskan tindakan  undang-undang terhadap seorang wanita bernama Nazatul Nazira.
Viral

Kecoh Video Lama Jadi Bahan Fitnah Masyarakat Dunia Terhadap Agama, Netizen Desak Usahawan Tampil Perjelas

gempak
28/07/2024
08:25 MYT
Menerusi muat naik di platform X, tular beberapa rakaman yang memaparkan beberapa aksi kurang senang jemaah lelaki yang dikatakan menggugat keselamatan jemaah wanita di Masjidil Haram.
Hiburan

Berita Kehamilan Dicemari Dengan Fitnah Tak Bayar Gaji Staf, Intan Najuwa Tampil Pertahankan Diri - “Mess With Me & You Will Regret It!”

gempak
18/07/2024
23:55 MYT
Baru sahaja berkongsi berita gembira mengenai kehamilan pertamanya, pelakon Datin Intan Najuwa diserang oleh individu tidak dikenali yang mendakwa aktres itu tidak membayar gaji pekerja.