,
Gaya Hidup

“Banyak Kepala Spermanya Cacat” - Doktor Berpendapat Air Mani Lelaki Aktif Berbasikal Berisiko 'Lemah'?

Amri Hassan
21/12/2020
23:18 MYT
Berbasikal menjadi trend gaya hidup semasa untuk beriadah dan bersukan sejak akhir-akhir ini.
Namun, kongsi seorang doktor @Ahmad.RZ menerusi akaun Twitternya, hobi berkenaan dikhuatiri punyai kesan sampingan kepada golongan lelaki.
"Ujian semen lelaki 29 tahun yang aktif dalam cycling. Tidak merokok & tanpa penyakit lain.
"Hampir 80 peratus spermanya bergerak tanpa hala tuju, iaitu ke kiri dan kanan, ke depan dan belakang.
"Banyak kepala spermanya juga cacat. Cycling boleh jadi punca kerana lebihan haba boleh merosakkan sperma," jelasnya. Justeru, Dr. Ahmad menyarankan agar golongan lelaki tidak melakukan aktiviti berbasikal dalam tempoh melebihi 5 jam.
"Elakkan cycling terlalu lama, iaitu melebihi 5 jam dalam seminggu.
"Testis akan terkesan dari haba cuaca panas, tempat duduk basikal dan seluar yang ketat," tambahnya.
Bagaimanapun, pandangan Dr. Ahmad itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.
Malah ada juga dalam kalangan petugas kesihatan yang tampil dengan pandangan berbeza.
Sumber: Twitter Foto: carian Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Cari Duit Lebih, Lelaki Menyamar Doktor 20 Tahun Ditangkap

gempak
09/09/2024
15:55 MYT
Seorang lelaki berjaya menyamar selama 20 tahun sebagai seorang doktor hanya dengan pengetahuan yang diperoleh sebagai pemegang ijazah dan sewaktu melakukan latihan perubatan semasa bergelar tentera laut.
Viral

Nafas Busuk, Doktor Jumpa Lipas Dalam Tekak Lelaki

gempak
07/09/2024
03:55 MYT
Seorang lelaki berusia 58 tahun di Haikou, wilayah Hainan tidak menyangka nafasnya berbau sangat busuk berpunca daripada seekor lipas yang mati di dalam tenggoroknya, lapor portal berita Oddiy Central kelmarin.
Berita

Telefon Bimbit Tiada Kaitan Dengan Kanser Otak - Kajian

gempak
05/09/2024
13:55 MYT
Telefon bimbit tidak dikaitkan dengan kanser otak, menurut satu kajian yang dijalankan oleh saintis Australia yang ditugaskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor Xinhua.
Hiburan

Dakwa Pertahan Diri Dari Dirogol, Anak Artis Kerat & Buang Anggota Badan Doktor

gempak
31/08/2024
13:55 MYT
Bawa polis ke sekitar tujuh lokasi tempat dia membuang anggota badan yang telah dikerat disumbat dalam plastik sampah.
Berita

Tragis! Doktor Pelatih Dirogol Dan Dibunuh, Ribuan Lancar Bantahan

gempak
18/08/2024
06:55 MYT
Gempar baru-baru ini apabila seorang doktor dirogol dan dibunuh susulan penemuan mayat mangsa berusia 31 tahun dengan pelbagai kesan kecederaan di India.