,
Berita

Banyak Bersyukur, Yakin Pada Rezeki Allah - Papa Rock

Elrafaei Sapi
12/09/2018
09:10 MYT
Masih gagah dengan kehebatan vokal yang padu, penyanyi legenda Datuk Ramli Sarip kini mempunyai bisnes kafe sendiri yang tidak diketahui ramai peminat.
Jelasnya, kafe yang beroperasi di Singapura itu bukan perancangan untuk memperlahankan kerjaya seni mahupun bersara dari bidang muzik.
Sebaliknya, sebagai satu hobi dan mengisi masa lapang beliau juga berasa seronok untuk menjalankan bisnes itu bersama tiga rakannya yang lain.
Bekas penyanyi Sweet Charity ini memberitahu kafe yang dikenali sebagai Safari Steak House terletak di 57 Haji Lane sudah beroperasi di kawasan Arab Street sejak dua bulan lalu.
Menariknya, dekorasi kafe itu yang mempunyai 10 meja dan kira-kira 20 hidangan turut dihiasi dengan poster penyanyi popular antaranya Led Zeppelin, ACDC, Guns N Roses, Pink Floyd, Beatles dan Bob Marley.
Meskipun kawasan bisnesnya itu juga mempunyai banyak kafe, penyanyi berusia 66 tahun yang digelar Papa Rock ini tidak mempunyai niat untuk bersaing.
Ujarnya, beliau tidak pernah terfikir tentang persaingan sebaliknya, menganggap rezeki masing-masing.
Malah, beliau berpesan agar dalam kehidupan kena banyak bersyukur dan berterima kasih selain perlu yakin pada rezeki daripada Allah.
Teks oleh: Elarafaei Sapi Sumber: Berita Mediacorp Singapura
Foto: IG @ramlisaripofficial & Berita Mediacorp Singapura
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Sweet Charity Ajak Bernostalgia Dalam Konsert Semalam Di Malaya Lima Dekad

gempak
13/12/2023
05:55 MYT
Wah ada konsert.
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza (GV10): 3 Tugasan Final, Ada Duet Dengan Artis Indonesia & Rap Lagu KPop!

gempak
04/12/2023
03:52 MYT
Ada Lagu Ada Lagi final All Stars Gegar Vaganza.
Hiburan

Khadijah Ibrahim, Dayang Nurfaizah, Ramli Sarip Antara Yang Bakal Gegarkan Pentas Konsert Amal QewComm Mac Depan!

gempak
22/02/2023
14:00 MYT
Mesti best!
Laman Utama

Stacy, Khai Bahar, Meet Uncle Hussain, Masdo Antara Line Up Power Konsert Sempena Ulangtahun Ke-25 DFP!

gempak
21/01/2023
09:45 MYT
Semua power-power!
Laman Utama

Papa Rock Sediakan Set Komemoratif Emas, Ramli Sarip Gempur 8 Lokasi Demi Konsert Jelajah Ramli Sarip 2022 Cinta Di Sebalik Musim

gempak
12/09/2022
11:20 MYT
Kesukaran mempromosikan album terbaharunya, RASA tidak mematahkan semangat juang pesohor Datuk Ramli Sarip.