,
Laman Utama

Banyak Babak Aksi, Shooting Dalam Hutan! Bront Palarae Cerita Detik Sukar Berlakon Filem Sumpahan Jerunei - "Saya Terima Tawaran Sebab..."

Amri Hassan
07/07/2023
02:50 MYT
Watak Doktor Sani, pengkaji yang bertugas di Jabatan Muzium di Kuching, Sarawak dalam filem bergenre seram fiksyen, Sumpahan Jerunei arahan Jason Chong memberi cabaran tersendiri buat pelakon berkaliber, Bront Palarae.
Menerusi filem terbitan Produksi Seni 2020 ini, Bront bergandingan dengan barisan pelakon hebat seperti Uqasha Senrose, Daiyan Trisha, Amerul Affendi, Syafie Naswip, Tony Eusoff, Ruminah Sidek, Yuyun Hikmah dan ramai lagi.
Bront berkata, cabaran dihadapi dari segi aspek logistik kerana banyak babak dan lokasi membabitkan penggambaran dalam hutan.
“Selain aspek logistik, saya juga berdepan cabaran dari aspek fizikal. Ini kerana ia juga membabitkan babak aksi lagak ngeri dalam filem ini.
“Jika nak diikutkan, babak pelakon wanita iaitu Daiyan dan Uqasha lebih mencabar dalam filem ini.
“Namun, mereka sangat profesional ketika bekerja dan berjaya melakonkan babak dengan baik di lokasi penggambaran,” katanya.

Mudah bekerja dengan Uqasha Senrose

Mengenai gandingan dengan Uqasha, kata Bront, dia mudah bekerjasama dengannya kerana dia pelakon berpengalaman.
“Bukan dengan Uqasha sahaja, saya juga tidak ada masalah mendapatkan keserasian dengan pelakon lain kerana ia membabitkan kerjasama secara berkumpulan.
“Plot penceritaan filem ini juga mengenai ekspedisi sekumpulan pengkaji,” katanya.

Bront rindu kerjasama dengan Jason

Mengulas kerjasama dengan Jason, kata Bront, dia memang rindu untuk bekerja dengan pengarah berkenaan.
“Saya pernah bekerja dengan Jason dalam beberapa projek filem, tetapi dalam genre berbeza.
“Antaranya, filem Belukar, Kau Takdirku dan dua musim siri The Bridge.
“Justeru, saya tidak mahu melepaskan peluang keemasan bekerjasama dengan Jason dalam filem Sumpahan Jerunei ini,” katanya.
Ditanya kelainan filem Sumpahan Jerunei berbanding genre seram yang pernah dilakonkan, kata Bront, dia tertarik dengan nilai budaya yang diketengahkan dalam filem yang mengangkat mesej mengenai adat dan budaya unik kaum Melanau di Sarawak.
“Saya ditawarkan penerbit, Datin Wendy Wong dan Datuk Nancie Foo untuk membintangi berlakon dalam filem ini pada Festival Filem dan Anugerah Antarabangsa Asean (AIFFA) pada 2019.
“Saya menerima tawarannya untuk berlakon dalam filem Sumpahan Jerunei kerana tertarik dengan elemen pengembaraan dan nilai budaya yang diketengahkan dalam naskhah ini,” katanya.

Watak straight forward

Dari segi tarikan filem, kata Bront, banyak babak menarik yang boleh memberikan pengalaman mengasyikkan kepada penonton.
“Setiap pelakon diberi peluang berbincang secara bersemuka mengenai naskhah ini ketika sesi pembacaan berkumpulan.
“Dari sudut individu, kebanyakan watak adalah bersifat ‘straight forward’ sesuai dengan genre filem ini,” katanya.
Sementara itu, kata Bront, filem Sumpahan Jerunei juga memiliki kekuatan dan mesej yang mahu disampaikan pada penonton.
“Secara peribadi, saya berasa filem ini berpotensi menjadi bahan hiburan santai dengan cerita yang segar.
“Aspek budaya yang diketengahkan juga sedikit sebanyak menjadi nilai tambah yang menarik buat filem ini,” katanya.

Sinopsis Sumpahan Jerunei

Sumpahan Jerunei mengisahkan, di Melanau purba, kematian bangsawan atau ketua kampung dihormati oleh tiang kubur yang dipanggil Jerunei.
Apabila profesor arkeologi, Dr Sani menyedari bekas isterinya hilang dalam ekspedisi untuk memeriksa Jerunei yang misteri, dia berlepas ke Sarawak untuk mencarinya.
Dr Sani disertai oleh Arjuna (bekas pelajar), Bee dan Hana (pegawai pemeliharaan warisan) dan Tommi (jurukamera dan YouTuber).
Dalam kegelapan malam, setiap ahli mengalami kejadian halusinasi, misteri, sakit luar biasa, mimpi buruk dan ada juga mendapati diri mereka terjaga di tempat yang menakutkan.
Keadaan menjadi lebih buruk apabila jasad salah seorang daripada mereka diambil alih oleh roh yang dikorbankan di sebuah Jerunei.
Sumpahan Jerunei akan mula menjengah pawagam seluruh Malaysia pada 27 Julai depan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.