gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Bermula Sebagai Kawan, Joey Daud Mula ‘Angau’ Dengan Watie Selepas Makan Bersama - “Saya Jumpa Dia Terus Tanya…”
BERITA
Ismanira Nafi Sempat Tukar Baju Semasa Zayn Rayyan Baru Hilang
HIBURAN
Elisya Sandha Kongsi Detik Pertama Kali Jumpa Sheila Rusly, Duduk Dalam Kereta Sejam Sebab Takut - “Dah Depan Rumah, Saya Cakap…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Bantuan Tunai One-Off RM100 Kepada Warganegara Dewasa Berusia 18 Ke Atas - PM Anwar

Awani
Awani
23/07/2025
03:29 MYT
Sponsor Banner
Bantuan Tunai One-Off RM100 Kepada Warganegara Dewasa Berusia 18 Ke Atas - PM Anwar
Kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai secara one-off sebanyak RM100 kepada setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun ke atas sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Sumbangan Asas Rahmah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bantuan ini akan dikreditkan terus ke MyKad dan boleh digunakan bermula 31 Ogos hingga 31 Disember 2025 untuk pembelian barangan keperluan asas.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, inisiatif ini dijangka memanfaatkan seramai 22 juta rakyat dan melibatkan peruntukan keseluruhan RM2 bilion.
"Bantuan ini boleh dibelanjakan mulai 31 Ogos 2025 sehingga 31 Disember 2025 bagi membeli barangan asas di lebih 4,100 kedai termasuk pasar raya utama seperti Mydin, Lotus, Econsave dan 99Speedmart serta kedai-kedai runcit di semua daerah seluruh negara.

"Bantuan ini diberikan secara individu dan bukannya isi rumah. Maknanya, sebuah isi rumah umpamanya suami, isteri dan dua orang anak dewasa akan dapat RM400," kata Perdana Menteri dalam Pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Anwar menambah dengan pengumuman tersebut, jumlah peruntukan STR dan SARA meningkat daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion untuk 2025, dan ia kali pertama dalam sejarah bantuan tunai disalurkan kepada semua rakyat dewasa.
"Mungkin ada dalam kalangan kita yang punyai kemampuan dan tidak memerlukan bantuan ini. Kerajaan berhasrat supaya jumlah bantuan yang tidak dibelanjakan menjelang akhir tahun diagihkan semula untuk program bantuan golongan rentan tahun hadapan.
Sebelum ini, kerajaan memperluas dan menambah kategori barangan boleh dibeli menerusi bantuan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bermula 1 Mei lalu.
Anwar berkata perluasan kategori barangan itu melibatkan produk kebersihan rumah seperti sabun atau serbuk pencuci pakaian, pinggan mangkuk dan lantai, menjadikan kategori barangan berdaftar di bawah SARA meningkat kepada 14.
Sumber: AWANI
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Datuk Seri Anwar Ibrahim
#Sara
#PMX
#Bantuan Tunai
#Sumbangan Asas Rahmah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement