Viral
Bantu Mangsa Banjir Di Kelantan, Netizen Suka Tengok Cara Kerja Khairul Aming - “Itu Pentingnya Education, Sistematik Kerja”
Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming tidak ketinggalan turun padang memberikan bantuan kepada masyarakat Kelantan yang sedang menghadapi bencana banjir.
Menerusi beberapa potongan video yang dimuat naik di media sosial, kelihatan pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman,32, sedang berusaha memberikan bantuan kepada mangsa banjir yang memerlukan.
Terbaharu, Khairul atau lebih dikenali dengan panggilan KA itu sedang mempersiapkan sebuah pusat bantuan banjir di Kelantan bagi memudahkan operasi mengagihkan bantuan.
Khairul juga turut mengajak sukarelawan yang berkelapangan bagi membantu mempermudahkan operasi pengagihan barangan bantuan.
ARTIKEL BERKAITAN: Khairul Aming Masak, Redah Banjir Agih 1,200 Pek Makanan: “Ramai Mangsa Berpindah Sehelai Sepinggang”
ARTIKEL BERKAITAN: 'Founder' Melawat Mangsa Banjir Di PPS Siap Pakai Jaket Bulu & Handbag Mewah, Netizen Komen: “Tapi Sekarang Musim Hujan Kak, Belum Salji”
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada Tabung Mangsa Banjir, Khairul Aming Kongsi Lokasi ‘Drop Off’ Barang Derma - “Pinn Yang Dah Share Sumbangan Yang Sangat Besar”
ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan Kelantan Hasrat Jadikan Banjir Sebagai Produk Pelancongan
Menerusi tinjauaan Gempak di ruangan komen, rata-rata suka dengan cara kerja usahawan sambal nyet itu yang dilihat sangat kemas dan sistematik.
“KA tunjukkan pentingnya pendidikan. Macam2 idea,strategi yang team dia susun. terbaik semoga team KA dipermudahkkn segala urusan amin2
“Bilamana orang hebat bekerja mesti dalam sistematik,tahniah KA anda menaikan martabat pemuda dan wajar dijadikan contoh.
“Itu pentingnya education. sistematik kerja. terbaik KA.
“Smart planning KA..well manage & sistematic .hebat anak muda,” komen netizen.
Pada masa sama, ada juga yang meminta supaya netizen menyebarkan video tersebut agar lebih ramai rakyat Malaysia yang boleh turut sama membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan pada ketika ini.
“Sesiapa yang tengok ni, minta tolong repost video ni jugak. Lagi ramai orang repost, lagi ramai yang akan dapat informasi. Semoga dipermudahkan urusan KA & team,” kata netizen.
Sekadar info, di Kelantan jumlah mangsa banjir di 284 PPS mencecah 96,743 orang daripada 29,928 keluarga setakat ini berbanding 93,158 orang malam tadi.
Menerusi Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jajahan Pasir Mas kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 29,370 orang, diikuti Tumpat (17,680), Kota Bharu (14,154), Pasir Puteh (9,870) dan Kuala Krai (6,614).
Turut terkesan, Bachok dengan 6,952 mangsa, Machang (6,098), Tanah Merah (5,318), Jeli (660) dan Gua Musang (36).
Must-Watch Video