Viral

Banjir: Pasangan Pengantin Selamat Menikah, Tetamu Hadir Naik Bot

gempak
Awani
30/11/2024
11:35 MYT
Sponsor Banner
Banjir: Pasangan Pengantin Selamat Menikah, Tetamu Hadir Naik Bot
Setiap pasangan mengimpikan hari bahagia berjalan dengan sempurna namun lain terjadi kepada Nur Izzatul Asma Mustafa, 22, dan Mohamed Khairie Mohamed Kamal, 28, apabila hari bahagia mereka terpaksa disambut dalam banjir, di Alor Setar, Kedah.

BERITA TRENDING: Tiada Tabung Mangsa Banjir, Khairul Aming Kongsi Lokasi ‘Drop Off’ Barang Derma - “Pinn Yang Dah Share Sumbangan Yang Sangat Besar”

Lebih malang inap desa yang disewa untuk melangsungkan majlis perkahwinan turut dinaiki air.

BERITA TRENDING: Momen Hiba, Pemilik Hanya Mampu Pegang Tasbih, Berzikir Lihat Rumah Ranap Dibadai Arus Banjir

Nur Izzatul berkata, majlis yang dirancang untuk meraikan 1,000 jemputan termasuk ahli keluarga dan rakan-rakan sejak lima bulan terpaksa diubah pada saat akhir dan makanan dibungkus untuk diagihkan kepada orang ramai disebabkan banjir yang semakin buruk.
Malah laluan masuk dari Pekan Kepala Batas ke inap desa di Titi Besi, Kepala Batas itu ditutup untuk kenderaan ringan berikutan paras air yang semakin meningkat.
Nur Izzatul berkata, dia tidak menyangka majlis kenduri sepatutnya berlangsung dengan meriah terpaksa diubah pada saat akhir namun dia dan suami, tetap memakai baju pengantin dengan bergambar kenangan dalam situasi banjir, hari ini.
“Pihak katering juga bersetuju untuk menghantar tempahan makanan namun kami terpaksa membungkus semua makanan yang disertakan bersama cenderahati untuk diedarkan kepada orang ramai hari ini menggunakan lori," katanya pada Sabtu.

BERITA TRENDING: “Saya Tak Kata Banjir, Saya Kata Musim Tengkujuh” - Exco Kelantan

Nur Izzatul Asma berkata, mereka menyewa inap desa itu sejak empat hari lalu disebabkan rumah mereka di Kampung Alor Ganu dinaiki air sehingga ke paras pinggang.
Katanya, walaupun sedih dengan apa yang berlaku namun dia dan suami menganggap hari perkahwinan mereka menjadi sejarah kerana terpaksa diraikan dalam keadaan banjir.
"Kami mengambil gambar kenangan dengan memakai baju pengantin menaiki bot serta kenderaan pacuan roda berlatar belakangkan kawasan banjir, memang seronok la," katanya yang bekerja sebagai kerani.
Katanya, dia berterima kasih kepada tetamu terutama kenalan serta ahli keluarga yang hadir ke majlis kenduri akad nikahnya semalam sanggup datang walaupun terpaksa menaiki bot milik penduduk selain menaiki pacuan empat roda.
Pengantin lelaki, Mohamed Khairie berkata, dia bersyukur kerana majlis akad nikah selesai namun terkilan kerana tidak dapat meraikan majlis kenduri di pihak keluarganya dari Simpang Kuala kerana banyak laluan terputus akibat banjir.
Katanya, hanya tiga orang dari ahli keluarganya dapat hadir ke majlis akad nikah semalam kerana yang lain tidak dapat datang.
"Selalunya saya tengok kes perkahwinan dalam banjir ini melalui televisyen dan laman sosial saja dan tak sangka kali ini saya dan isteri pula lalui, namun kami redha sajalah sebab nak buat macam mana lagi," katanya yang bekerja sebagai jurujual barangan elektrik di Simpang Kuala, di sini. -ASTRO AWANI-
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024