gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Tak Ada Niat Hina Wanita Sudah Bercerai, Janna Nick Tampil Perjelas Isu ‘Perempuan Gila’ - “Saya Tahu Soalan Itu Sensitif Untuk Fattah Tapi…”
HIBURAN
“Selagi Tulang Tak Patah Saya Okay” - Qasrina Karim
HIBURAN
Konsert Simfoni Budaya II Bakal Temui Peminat 5 Julai Depan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

Bangkai Anak Gajah Telah Ditanam Di Lokasi 'Rahsia'

gempak
Asyraf Roslan
12/05/2025
16:55 MYT
Sponsor Banner
Bangkai Anak Gajah Telah Ditanam Di Lokasi 'Rahsia'

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak akan terus memantau ibu gajah yang anaknya mati dilanggar lori ayam di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik–Jeli awal pagi Ahad, dan video tular yang mendakwa ia kembali ke lokasi anaknya dilanggar bukanlah video gajah yang sama.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, setakat ini ibu gajah tersebut kembali ke hutan dan dipercayai telah menyertai semula kumpulannya.

“Tentang video tular yang dikongsi, kami percaya ia bukan video memaparkan gajah yang sama kerana gajah betina jarang keluar secara solo; ia akan keluar berkumpulan. Apa pun, kita terus pantau ibu gajah itu,” katanya ketika dihubungi.

Yusoff berkata, bangkai anak gajah jantan terbabit juga telah ditanam di lokasi yang tidak didedahkan.

Terdahulu, seekor anak gajah jantan dianggarkan berusia lima tahun mati dilanggar kenderaan dalam kejadian di Kilometer 80 JRTB Gerik–Jeli, awal pagi Ahad.

Insiden itu tular selepas video yang dimuat naik ke media sosial oleh saksi kejadian menunjukkan ibu gajah setia menanti, dengan meletakkan kepalanya di lori berkenaan seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan pahit akan kehilangan anaknya.

Ibu gajah itu kemudian terpaksa ditembak dengan ubat pelali dan dibawa untuk dipindahkan semula ke dalam hutan.

Sementara itu, Yusoff berkata pihaknya telah membina jejambat untuk lintasan hidupan liar, khususnya gajah, termasuk memasang 17 papan tanda amaran kehadiran gajah di sepanjang lokasi yang dikenal pasti.

“Selain itu, kita juga telah memasang lampu dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi membolehkan pengguna jalan raya melihat kawasan sekeliling dengan lebih jelas dan memandu secara berhati-hati sekiranya terdapat haiwan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kena Langgar
#Anak Gajah
#Ibu Gajah
Must-Watch Video