,
Viral

Bangganya! Pengarah Marvel Joe Russo Bertemu Pelajar Malaysia Buat Parodi Avengers: Infinity War

Amri Hassan
07/05/2018
08:00 MYT
Masih ingat dengan video parodi Avengers: Infinity War ciptaan penuntut universiti tempatan yang pernah viral sekitar Mac lalu?
Baca: "Sudi Tak Arahkan Avengers 5?" - Anak Malaysia Dapat Tawaran Pengarah Marvel Studios
Siapa sangka, tuah sekumpulan pelajar itu apabila dibawa berjumpa sendiri dengan pengarah filem Avengers: Infinity War, Joe Russo, yang pernah membalas Twitter pengarah video parodi itu beberapa bulan lalu!
Menariknya, pertemuan yang diadakan di Singapura itu adalah kejutan buat Aiman Sany dan kawan-kawannya.
Dalam pertemuan itu, Russo mendedahkan bahawa babak menggunakan pinggan adalah yang paling lucu dalam video parodi berkenaan.
Russo juga mahu Aiman dan rakan-rakan meneruskan parodi bagi sekuel Avengers yang akan datang.
Video penuh pertemuan itu dikongsikan Marvel Malaysia di laman Facebook mereka pada Jumaat.
Video parodi yang dimuat naik pada 18 Mac lalu pula telah ditonton hampir 4 juta kali dan lebih 100,000 retweet.
Teks oleh: Amri Hassan Sumber: Twitter, Facebook Marvel Malaysia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Buat Parodi Dialog Babak Projek: High Council, Wanita Ini Buat Ramai Netizen Terhibur

gempak
07/04/2024
09:00 MYT
Tindakan seorang wanita yang melakonkan semula atau membuat parodi sebuah babak yang dipetik daripada drama bersiri Projek: High Council berjaya membuat netizen terhibur.
Laman Utama

VIDEO: “Bonda Ratu Dah Buat, Terpelanting Semua” - Ramai Suka Parodi Geng Marhaban Datuk Siti, Comel Habis!

gempak
19/07/2023
05:50 MYT
Comelnya Datuk Siti.
Muzikal Lawak Superstar 2022

MLS3: “Terima Kasih Menyamar Macam Saya” - Shiha Zikir Terkejut, Tak Sangka Terima Mesej Rina Nose

gempak
24/08/2022
04:30 MYT
Dia punya sengau-sengau tu menjadi betul.
Muzikal Lawak Superstar 2022

MLS3: [VIDEO]: Fad Jadi Najip Ali Malaysia, Lulus! Namie Tahan Gelak, Datuk Awie Ketawa Sampai Keluar Air Mata

gempak
09/08/2022
05:30 MYT
Buat eh Fad, tak pernah tak lawak tau.
Laman Utama

Gaya Menyanyi & Vokal Diparodikan, Netizen Backup Andika Kangen Band, Senaraikan Kebaikannya Bina Rumah Anak Yatim

gempak
25/04/2022
13:40 MYT
Dunia muzik Indonesia saat ini sedang kecoh dengan tindakan dua orang Youtuber yang membuat parodi cara vokalis Kangen Band, Andika menyanyi.