,
Laman Utama

Bangga Terima Suntikan Vaksin COVID 19, Sophie Turner & Joe Jonas Selfie Dalam Tandas

Maliah Surip
09/04/2021
12:55 MYT
Nampaknya semakin ramai bintang Hollywood yang sudah mengambil suntikan vaksin COVID 19. Salah satunya adalah pasangan selebriti Sophie Turner dan suaminya, Joe Jonas.
Melalui muat naik terkini di akaun Instagramnya, Joe berkongsi reaksi gembira bersama isterinya, aktres Game of Thrones selepas mendapatkan suntikan vaksin.
Dengan senyum bahagia dan penuh bangga, pasangan ini mempamerkan lengan mereka yang telah disuntik dan ditampal bandages (pembalut) berwarna merah.
Bersama selfie yang dirakamkan di dalam tandas itu, Joe menitipkan pesan buat seluruh peminatnya.
"Marilah kita mendapatkannya (suntikan vaksin)," tulisnya ringkas pada Jumaat.
Tindakan Joe dan Turner mendapatkan suntikan vaksin itu kemudian mendapat pujian daripada netizen. Ramai yang menyifatkan mereka sebagai contoh artis dengan sikap terpuji dan bertanggungjawab menyebarkan kebaikan sekaligus dapat membantu orang di luar yakin untuk mendapatkan suntikan vaksin.
Instagram: @joejonas
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Hollywood

Mariah Carey Memang Diva, Panjat Tembok Besar China Pakai Kasut Tinggi 5 Inci

gempak
15/09/2024
12:29 MYT
Great Wall of China atau Tembok Besar China menjadi destinasi pelancongan yang cukup ikonik untuk dilawati.
Hollywood

Sadis! Tak Sempat Lari Ratu Cantik Switzerland Maut, Suami Cekik & Blender Anggota Badan

gempak
14/09/2024
18:55 MYT
Hajat salah seorang finalis Ratu Switzerland, Jenazah Kristina Joksimovic untuk melarikan diri daripada suaminya tidak kesampaian apabila dibunuh lelaki tersebut.