,
Laman Utama

Bandingkan Cara UK & Netherland Kendali COVID-19, Individu Ini Puji Malaysia - “Baru Tahu Betapa Hebatnya Malaysia Handle COVID-19”

Izwan Isa
06/04/2022
22:50 MYT
Baru-baru ini, trending di media sosial berkenaan dengan pengalamannya berada di luar negara ketika dunia masih lagi berhadapan dengan virus COVID-19. Menerusi rajutan ciapan yang dimuat naik, individu berkenaan memuji bagaimana negara kita mengendalikan kes COVID-19 berbanding negara luar.
“Aku baru balik travel UK & Netherland. Bab pengurusan Health Care Covid aku salute Kementerian Kesihatan Malaysia. Kat sana mereka tak peduli pun korang positif Covid ke, negatif ke, just pandai-pandai korang jer lah. Bila kat sana baru aku tahu betapa hebatnya Malaysia handle Covid. Salute Khairy Jamaluddin.
“Aku ada email government health care Netherland pasal Covid, macam haram dah 4 hari tak balas-balas, pergi klinik atau healthcare mereka, mereka semua tak tahu langsung pasal rule atau apa-apa pertanyaan kena tanya dan email health government mereka sendiri. “Sampailah aku email Kementerian Kesihatan Putrajaya, kejap jer mereka respon, dan terangkan macam mana, siap buat appointment call lagi untuk keterangan lanjut. Punyalah rasa dihargai, walaupun aku duduk oversea,” tulisnya.
Dalam pada itu, individu berkenaan berkata, klinik di sana hanya ada ujian untuk COVID-19 sahaja, tetapi tiada maklumat tambahan mengenai info lain.
“Tak macam Malaysia, kau pergi mana-mana klinik buat test pun, kau boleh Whatsapp dan call tanya detail. Siap nurse dan admin boleh jawapkan lagi, tak payah tunggu Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Bila aku tunjuk MySejahtera, mereka agak kagum and impressed macam mana kerajaan kita monitor kita. Walaupun mereka dah endemik, kes agak tinggi and kematian pun boleh tahan berbanding dari Malaysia. Tapi mereka tak peduli, mereka nak ekonomi berjalan jer,” lanjutnya.
Hal ini turut disokong seorang netizen yang turut mempunyai pengalaman yang agak serupa ketika berada di Dubai.
“Saya sedar tentang ini apabila saya berada di Dubai bagi menghadiri pameran Arab Health. Tiada siapa yang hirau. Pakai mask pun bawah hidung dan masih ada yang berbual dekat dengan muka. Annoying! Salut kepada Malaysia mengendalikan COVID-19. Sangat efisyen,” tulisnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Sami Malaysia Curi Barangan Berharga Di Kuil, Ditahan Di Tnhailand

gempak
23/11/2024
03:55 MYT
Seorang sami rakyat Malaysia ditahan di Chiang Rai, sebuah wilayah di utara Thailand, pada Khamis kerana disyaki mencuri barangan berharga daripada sebuah kuil Buddha, Wat Chet Yot di Wilayah Chiang Mai, menurut polis Thailand.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Anugerah All Star Influencers Raikan Bakat Digital Malaysia & Antarabangsa, Siapa Bakal Juara Tahun Ini?

gempak
17/11/2024
11:19 MYT
Anugerah All Star Influencers (ASIA) 2024 bakal menjadi pentas berprestij yang mengiktiraf pempengaruh terbaik dari lapan negara di Asia termasuk Malaysia.
Hiburan

"Terima Kasih Malaysia!" - Ne-Yo Pukau 6,000 Peminat Di KL, Bergoyang Layan Lagu R&B 2000-an

gempak
14/11/2024
16:00 MYT
Setelah sekian lama dinanti-nantikan, penyanyi R&B terkenal, NE-YO, tampil membuat kemunculan semula di Kuala Lumpur dengan konsert NE-YO: Live in Malaysia 2024 yang berlangsung pada 9 dan 10 November di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC).
Hiburan

8 Artis Popular Malaysia & Indonesia Kongsi Pentas Untuk Nyalafest 2024! - "Persembahan Noh Salleh x Restoe Iboe Akan Beri Kejutan"

gempak
13/11/2024
07:04 MYT
Bukan sekadar konsert, festival muzik, Nyalafest 2024 bakal menggabungkan lapan artis terkenal dari dua negara, Malaysia dan Indonesia dalam satu pentas di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 30 November ini.
Unitar