,
Hiburan

Band Underground Uncure Perjuangkan Isu Palestin, Bakal Adakan Showcase Tanda Soladiriti - "Kami Ingin Gabung Kelompok Berbeza"

Amri Hassan
25/08/2024
16:04 MYT
Atas kesedaran untuk menzahirkan solidariti terhadap saudara di Palestin, maka terlahirlah karya yang bertajuk 'Palestin : Hak Yang Dinafikan' oleh band Uncure yang dianggotai oleh Taiyuddin Bakar (vokalis), Anaz (gitar), Macik (drum) dan Hakim (bass).
Sebagai kesinambungannya, mereka bakal membuat persembahan Showcase Uncure: Palestin Hak Yang Dinafikan pada 14 September 2024 di Warisan Hall Studio, Teluk Panglima Garang, Selangor.
Bukan sekadar menyatakan solidariti, Uncure juga berharap agar melalui showcase itu, ukhwah diantara mereka yang bersama-sama dengan Palestin juga dapat terjalin. Showcase dianjurkan oleh Onz Management dengan kerjasama Persatuan Inspirasi Muallaf itu juga berhasrat menyumbangkan keuntungan jualan tiket kepada Kedutaan Palestin di Malaysia.
Band dari tahun 1996 Untuk rekod, band Uncure telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan popular dalam scene underground tempatan. Sepanjang 28 tahun ditubuhkan band ini telah beberapa kali menukar anggota termasuk vokalisnya.
Bahkan band Uncure pernah berehat seketika disebabkan penularan virus Covid-19 sebelum kembali aktif pada 2023 dan showcase ini merupakan kemunculan sulung pelakon Taiyuddin Bakar atau Tai sebagai vokalis baharu band Uncure.
“Showcase ini bertujuan menggabungkan kelompok yang berbeza asal serta latar belakanh dalam satu acara dengan maksud yang sama iaitu muzik dan solidariti bersama Palestin. Ini membuktikan band underground juga ada suara dalam memperjuangkan isu Palestin,” ujar Tai.

Lancar EP

Dalam pada itu, showcase ini turut diadakan sempena pelancaran EP berjudul Hak Yang Dinafikan, yang telah dilancarkan di semua platform digital pada 17 Julai lalu.
Antara lagu yang terkandung dalam EP tersebut adalah, Palestin Hak Yang Dinafikan, Bengang, Bersama Selamanya, Bersatu dan Oh MakCik.
Mengikut perancangan dalam persembahan berdurasi dua jam setengah bermula pukul 8.45 malam itu, band Uncure akan mendendangkan 10 buah lagu beserta selingan persembahan oleh DJ Soul Boss.
Sungguhpun begitu penonton boleh berada di Warisan Hall Studio seawal pukul 5 petang untuk mengikut aktiviti solidariti yang diadakan sebelum showcase bermula.
Tiket-tiket berharga RM89 (early bird) dan RM100 selepas 25 Ogos 2024 boleh dibeli secara terus menerusi akaun media sosial rasmi band Uncure iaitu Uncure_kugiran (Facebook/Instagram/Youtube) dan Uncure (TikTok) atau hubungi talian, 013 361 6440 – Rara
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Unitar