,
Laman Utama

“Bakat Perlu Diutamakan, Yang Lain Dianggap Sebagai Aksesori” – CEO Finas

Shahrin Zulkifle
27/10/2022
02:00 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Profesor Dr Md Nasir Ibrahim memilih tidak menyebelahi mana-mana pihak susulan isu prioriti pelakon mempunyai paras rupa berbanding bakat untuk membintangi sesebuah drama dan filem.
Kata Md Nasir, beliau sebaliknya menghargai semua bakat anak seni tanpa membezakan paras rupa, bangsa, fizikal, dan kelayakan akademik seseorang itu serta menghargai kepelbagaian semua bakat anak seni tanpa diskriminasi
“Saya tidak ingin mengeruhkan keadaan kerana saya mahu menjaga keharmonian dan kelestarian hubungan semua penggiat industri. Lagipun saya mengenali kedua-dua tokoh tersebut, khususnya Datuk A. Aida yang juga Ahli Perbadanan FINAS. Cuma saya ingin tegaskan bahawa pandangan beliau bukanlah mewakili FINAS tetapi berdasarkan pengalaman beliau sebagai penerbit dan pengarah.
“Saya menghormati pandangan kedua-dua mereka dalam melontarkan pandangan masing-masing. Hujahan yang diberi ada asasnya.
“Bagi saya, FINAS menghargai semua bakat anak seni tanpa membezakan paras rupa, fizikal, bangsa, agama, kelayakan akademik, latar belakang dan sebagainya. Saya juga menitikberatkan sikap dan minat seseorang itu untuk menjadi pelakon,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak.
Terdahulu, penerbit dan pengarah popular, Datuk A. Aida menyuarakan pandangan mengenai pemilihan pelakon utama bersandarkan paras rupa berbanding bakat.
Hal itu telah menarik perhatian ramai termasuk pelakon Amerul Affendi yang membidas semula kenyataan A. Aida berhubung isu terbabit.
BACA: Amerul Affendi Bidas Kenyataan A. Aida Utamakan Rupa Dari Bakat – “Eloklah Tamatkan Semua Kursus Lakonan Yang Ada”
Dalam pada itu, Dr Md Nasir menyifatkan polemik yang terjadi antara A. Aida dan Amerul sebagai senario yang positif kepada industri perfileman kerana sifat prihatin dan tanggungjawab masing-masing untuk memastikan industri filem tempatan berada di landasan yang betul.
“Sebenarnya polemik yang timbul ini ada baiknya sebab kita dapat lihat ada isu yang sedang dibahaskan untuk lihat apa sebenarnya faktor yang mempengaruhi kejayaan industri perfileman negara kita.
"Pandangan saya, bakat itu perlu diutamakan. Yang lain itu dianggap sebagai aksesori. Ini disebabkan dalam sesebuah drama ataupun filem itu sendiri ada pelbagai watak, seperti antagonis, protagonis, tua, muda, hitam, putih, miskin, kaya, kurus dan gemuk.
"Selain itu, perkara paling penting ialah sikap dan minat. Tidak dapat dinafikan hero dan heroin yang mempunyai paras rupa yang cantik mempunyai kelebihan. Namun, mereka perlu berusaha menggilap bakat mereka supaya mencapai prestasi yang membanggakan,” tambahnya
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

‘Anugerah Dokumentari Terbaik’ Diperkenalkan Semula Selepas 5 Tahun, Malam Kemuncak FFM33 Akan Bertemakan ‘Emas’

gempak
21/08/2024
03:55 MYT
Selepas 5 Tahun, Akhirnya FINAS Kembalikan ‘Anugerah Dokumentari Terbaik’ Di Festival Filem Malaysia Ke-33
Hiburan

Eizlan Yusof Sedia Bimbing Influencer Sebelum Ceburi Industri Hiburan

gempak
18/05/2024
13:39 MYT
Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof bersedia untuk memberikan bimbingan supaya pempengaruh media sosial yang mahu menceburkan diri dalam industri hiburan.
Hiburan

Urusan Permohonan Rumah PPR Berjalan Lancar, Zaiton Sameon: "Kemungkinan Dapat Menginap Di Situ Tidak Lama Lagi"

gempak
08/04/2024
02:55 MYT
Alhamdulillah...
Hiburan

Nama Ruhainies Digugurkan, Bella Astillah Terima 3 Kontrak Drama Dari Datuk A. Aida!

gempak
14/03/2024
05:25 MYT
Alhamdulillah! Makin luas rezeki Bella
Laman Utama

Isu Letak Kalimah Allah, FINAS Arah Tarik Balik & Tukar Poster Filem Sijjin

gempak
27/12/2023
05:25 MYT
FINAS arah talik balik poster.