,
Hiburan

Bakat Dulu, Rupa Kemudian! Leo Music Empire Perkenalkan Enam Bakat Baharu

Amri Hassan
29/12/2023
06:50 MYT
Mempertaruhkan enam bakat baharu, syarikat pengurusan dan rakaman, Leo Music Empire sentiasa mengutamakan bakat nyanyian dan personaliti berbanding paras yang kini dianggap syarat utama bergelar selebriti.
Pengarah Leo Music Empire, Nour Shue berkata, seseorang yang sekadar menjual rupa paras tidak boleh bertahan lama dalam industri seni sekiranya tidak mempunyai bakat dan disiplin dalam kerjayanya.
“Sekarang terlalu ramai penyanyi yang hanya mengutamakan rupa semata. Saya tidak melihat itu, apa yang penting bakat. Ya, rupa paras yang cantik atau tampan itu bonus tetapi saya mencari bakat.
“Selain itu, disiplin dan personaliti diri juga memainkan peranan penting. Ada sahaja yang boleh menyanyi, ada rupa tetapi disiplin ke laut. Tak mahu dengar nasihat dan sudah berlagak diva sebelum berjaya.
“Kita mempunyai ramai penyanyi yang baik tetapi tidak tahu ke mana ingin mengembangkan bakat. Ditambah dengan stigma tertentu, ruang dan peluang mereka kabur. Sebab itu saya berani ambil risiko,” ujarnya.
Nour Shue berkata demikian ketika majlis pelancaran single baharu enam artis di bawah naungan syarikat rakaman dan pengurusan tersebut.
Enam artis tersebut ialah Ammar Anuaar, Arghpiez, Queen Zara, Azs Azfa, Wawa Wahida dan Kelana Akira.
Dalam pada itu, Nor Shue menambah, Leo Music Empire mempunyai perancangan dan strategi selari dengan peredaran nuansa muzik global untuk mengetengahkan lagi bakat-bakat artis di bawah pengurusannya.
“Semestinya ada perancangan untuk kami ketengahkan bakat mereka secara mainstream. Semua itu disusun berperingkat. Kami tidak mahu terlalu terburu-buru. Biar lambat tetapi impaknya ada.
“Saya tidak mahu mereka digelar artis mi segera. Dikenali dengan satu lagu, selepas itu sepi terus menghilang. Biarlah mereka terus berusaha dan kekal dengan sikap tidak mudah mengalah itu,” kongsinya.
Bercakap tentang pemilihan bakat baharu, Nour Shue berkata, enam penyanyi yang dipilih itu mempunyai kelebihan dan keistimewaan mengikut suara serta vokal yang dipadankan dengan lagu yang sesuai.
“Mereka semua melalui sesi uji bakat dan dilatih terlebih dahulu sebelum melancarkan single pertama. Genre setiap mereka juga berbeza. Ikut kesesuaian vokal dan suara.
“Saya juga memberi kebebasan untuk mereka mengutarakan kehendak dan keinginan. Dari situ, kita akan menyuaipadan dan memilih lagu yang tepat,” katanya.
Sedikit info mengenai barisan artis, Ammar Annuar telah meluncurkan single pertamanya berjudul Sepi pada 17 November lalu.
Manakala, Arghpiez yang memperjuangkan genre rap dan hip-hop telah meluncurkan lagu berjudul Setiap Malam pada 22 Disember lalu.
Sementara itu, Queen Zara menerusi lagu berjudul Masihkah Ada Waktu Itu bakal meluncurkan single pada Januari depan.
Dalam pada itu, Azs Azfa yang juga guru muzik berani mengetengahkan muzik bergenre jazz blues menerusi lagu Yang Ku Perlu.
Bagi Wawa Wahida yang memiliki suara persis ratu rock negara iaitu Ella, bakal mengejutkan peminat dengan lagu berjudul Seperti yang akan diluncurkan pada Januari depan.
Akhir sekali, Kelana Akira yang berasal dari Sarawak bakal meluncurkan lagu berjudul Cerita.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hiburan

Aset Pasha Ungu Didedahkan, Ada 17 Kenderaan Sampai 8 Bangunan

gempak
20/11/2024
12:55 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diketahui kembali berkhidmat kepada negara apabila dilantik sebagai anggota anggota DPR RI 2024-2029 dan bertugas di Komisi VIII.
Hiburan

“Dulu Orang Tak Terima Bakat Saya Sebab Tak Cantik & Gemuk” - Nadeera Kenang 13 Tahun Perjalanan Karier Seni, Syukur Sekarang Ramai ‘Buka Mata’

gempak
20/11/2024
01:30 MYT
Penyanyi Nadeera mengakui terkenangkan perit jerih perjalanan karier seninya 13 tahun lalu yang tidak diterima sesetengah pihak gara-gara sering dicerca.
Unitar