gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Risau Hilang Tarikan, Sherry Alhadad Diminta Jangan Kurus - “Kau Kalau Kurus Dah…”
HIBURAN
"Ramai Bakat Kita Ke Luar Negara Untuk Dikenali, Saya Mahu Ubah..." - Aaron Aziz
HIBURAN
Ada Doktor, Jurutera & Aktivis! Kenali 16 Finalis Miss Universe Malaysia 2025!
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Elcah Bidas Dakwaan Sering Tayang Suami Punca Ada Penyondol - “Aku Ni Kadang 6 Bulan Sekali Baru Post”

Mya Amri
Mya Amri
03/08/2025
03:55 MYT
Sponsor Banner
Elcah Bidas Dakwaan Sering Tayang Suami Punca Ada Penyondol - “Aku Ni Kadang 6 Bulan Sekali Baru Post”
Pempengaruh media sosial, Elcah meluahkan rasa kecewa apabila ada segelintir pihak yang menuduh dirinya sengaja menunjuk-nunjuk kebahagiaan rumah tangga demi meraih perhatian.

Jarang post foto suami

Menerusi perkongsian di Platform Threads, Elcah berkata dia hanya sesekali berkongsi momen bersama suami, namun tetap menerima kritikan yang menyifatkan perbuatan itu sebagai ‘menayang’ atau membuka ruang kepada gangguan pihak luar.
“Ada orang cakap jangan post dengan suami lepas itu nanti ada penyondol.

“Okay lepas tu nak suruh aku buat pekasam ke apa suami aku ni? Sampaikan aku tak boleh dengan suami aku langsung.

“Aku ni kadang kadang enam bulan sekali baru post. Raya je, birthday pun tak post apa apa dengan suami,” tulisnya.

Tak perlu nak salahkan isteri

Malah Elcah juga berasa kesal dengan persepsi segelintir pihak yang menyalahkan isteri apabila rumah tangga diuji oleh kehadiran orang ketiga, atau penyondol.

“Ya Allah tak faham lah dunia sekarang ni. Kalau kau perempuan ada maruah jangan sama naik mengatal dengan suami orang tu sahaja.

“Jaga maruah tu elok elok jangan dah viral nak salah kan isteri.

“Saya ni isteri yang sah dan isteri satu satunya kepada suami saya. Jadi kenapa saya pula perlu sorok suami saya macam saya kahwin dengan suami orang pula eh.
“Sedih la aku dengan penyokong penyondol ni,” tegasnya.

Tak kisah posting viral

Dalam pada itu, Elcah juga tidak kisah apabila postingnya mengenai hal rumah tangga dan penyondol sebelum ini sering menjadi viral.

“Ada yang berkata sikit sikit nak post nak viral. Yes. Sesuai dengan muka kau supaya beringat ingat sikit bila nak jadi seorang barua tu. Maaf cakap ek,” tulisnya.

Terdahulu, suami Elcah iaitu Afi dalam satu hantaran di Instagram mendakwa penyanyi, Syada Amzah sebagai punca keretakan rumah tangga mereka apabila didakwa memujuk isterinya untuk membelakangkan suami dalam menyelesaikan konflik serta menghasut untuk ke kelab malam bagi “merehatkan fikiran”.

ARTIKEL TRENDING:Pempengaruh Perjelas Syada Amzah Bukan ‘Si Polan’ Yang Cuba Pecah Belahkan Rumah Tangga - “Saya Mohon Maaf Atas Nama Kawan Baik Saya…”

ARTIKEL TRENDING:Pempengaruh Dakwa Rumah Tangga Diganggu Bekas Hijab Stylist Selebriti Terkenal - “Ajak Suami Aku Masuk Bilik”

ARTIKEL TRENDING:Dedah DM Suami, Elcah Mohon Maaf - “Saya Akui Kelemahan Sebagai Isteri…”

ARTIKEL TRENDING:Elcah Maafkan Suami & Penyondol - “Saya Tahu Saya Isteri Yang Lurus Bendul…”

ARTIKEL TRENDING:Elcah Dedah Pramugari Sondol Suaminya! Siap Panggil Baby Sayang, Minta RM20,000 - “Mana Pergi Hati Kau, Aku Perempuan Dan Kau Pun Perempuan”

Selain itu, Afi juga berkongsi tangkap layar didakwa perbualan antara Syada dan Elcah, termasuk mesej ajakan bertemu dan dan berkongsi mengenai dakwaan kecurangan Afi.
Untuk rekod, Elcah atau nama sebenarnya Aien Hasha telah mendirikan rumah tangga dengan Afi pada Januari lalu dan perkahwinan ini merupakan perkahwinan ketiganya.
Topic Berkaitan
#Rumah tangga
#Penyondol
#Elcah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement