,
Hiburan

Bakar Restoran, Pecah Masuk Butik Nike & Louis Vuitton...Protes Di Amerika Syarikat Makin Parah?

Hanafis Haris
01/06/2020
10:29 MYT
Tidak cukup dengan kes COVID-19 yang menghampiri angka dua juta, Amerika Syarkat sekali lagi dilanda musibah apabila orang ramai berkumpul melakukan protes.
Semuanya gara-gara kematian seorang lelaki kulit hitam George Floyd ketika di dalam tahanan polis.
Tindakan polis yang dianggap kejam terhadap kulit hitam itu sekali gus telah mencetuskan kemarahan rakyat Amerika Syarikat.
Namun, dalam pada mereka bersemangat melakukan protes di jalan raya, ada sesetengah daripada mereka dilihat telah melampaui batas.
Kebanyakan premis dan kedai telah dipecah masuk, malah terdapat juga restoran terkemuka telah dibakar oleh peserta tunjuk perasaan berkenaan.
Malah, hari ini tular pula video memaparkan butik pakaian Nike dan jenama mewah Louis Vuitton (LV) dipecah masuk.
Tanpa rasa bersalah, kelihatan beberapa individu keluar daripada butik tersebut sambil membawa barangan yang dicuri.
Terserlah wajah kegembiran apabila berjaya mendapat barangan secara 'percuma'.
Anda boleh lihat video yang tersebar itu di bawah. Difahamkan, Washington dan beberapa bandar utama di Amerika Syarikat kini dikenakan perintah berkurung.
Ia susulan rusuhan oleh kumpulan penunjuk perasaan yang membantah keganasan kaum susulan kematian lelaki kulit hitam, George Floyd.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Protes Alicia Amin Di KLFW2022, Ramai Mulai Bersuara! - "Siapa Belum Dapat Bayaran Datang Jumpa Saya"

gempak
20/08/2022
04:50 MYT
Peragawati dan pelakon Alicia Amin tampil berani dengan melakukan protes di perkarangan dan pintu masuk pusat beli-belah terkenal Pavilion Kuala Lumpur, lokasi sedang berlangsungnya Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW2022) baru-baru ini.
Laman Utama

Netizen Bongkar Harga 'Berdentum' Kasut Merah Nabil Ahmad Masa Hosting GV8 - "Patutlah Cantik Semacam"

gempak
10/01/2022
06:55 MYT
Fuh harga!
Laman Utama

Bengang Big Bang 5 Tahun Belum Buat Comeback, Peminat Hantar Lori Protes Kepada YG Entertainment

gempak
30/11/2021
12:45 MYT
mereka mahu Big Bang segera comeback
Laman Utama

Sniker Dipakai Michael Jordan Pada Tahun 1984 Dijual Dengan Harga RM6.2 Juta!

gempak
28/10/2021
14:46 MYT
Fuhhhhhh!
Laman Utama

Selepas Seminggu Dikaitkan Dengan 'Perhimpunan Keluar & #Lawan', Fahad Iman Negatif COVID-19

gempak
09/08/2021
09:15 MYT
Pelakon Fahad Iman berkongsi foto ujian calitan COVID-19 yang menunjukkan keputusan negatif.