,
Laman Utama

Bakal Umum ‘Big News’ Dalam Masa Terdekat, Dini Schatzmann Jawab Isu Hubungan Dengan Janna Nick

Asyikin Mayudin
27/02/2023
00:55 MYT
Status hubungan cinta antara pasangan selebriti terkenal Dini Schatzmann dengan Janna Nick masih menjadi tanda tanya sehingga kini.
Enggan mengulas mengenai perkara itu, Dini bagaimanapun memaklumkan dia dan Janna bakal mengumumkan berita melibatkan peribadi mereka dalam masa terdekat.
“Sebenarnya saya tak boleh beri sebarang komen buat masa sekarang. Tetapi kami akan ada berita yang kami akan kongsikan dengan semua orang dalam masa terdekat.
“Berita yang agak besar… tapi kena tunggu. Insya-Allah, mungkin lepas Ramadan. Saya rasa semua benda ada waktu dan perancangan macam mana ia berjalan.
“Buat masa sekarang bukan masa yang sesuai. Ada beberapa perkara yang sedang terjadi yang buatkan masa sekarang ni tak sesuai untuk kongsi berita ini,” kata Dini kepada Gempak.
Dini ditemui ketika malam kemuncak Anugerah Gempak Most Wanted 2022 di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Sementara itu, Dini menegaskan hubungan mereka berdua tidak pernah bermasalah seperti yang didakwa malah sentiasa ada satu sama lain.
“Hubungan saya dengan Janna memang baik, tak pernah tak baik. Kalau apa-apa pun kita tak akan gaduh. Kami sentiasa ada satu sama lain. Kami pun masih berkerjasama.
“Semuanya baik… tak ada masalah apa-apa,” ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Siap Bersilat Satu Bilik, Pegang Keris ‘Ghaib’, Janna Nick Kongsi Semula Momen Ashraf Muslim Buang Sakanya - “Saya Tak Percaya..”

gempak
24/08/2024
05:55 MYT
Pelakon, Janna Nick tampil menceritakan semula momen mistik yang dialami dirinya sewaktu ketika dahulu.
Hiburan

Legenda Puteri Qaseh 2 Tampilkan Hun Haqeem & Dini Schatzmann

gempak
16/07/2024
09:36 MYT
Misi Puteri Qaseh diteruskan dalam drama lapan episod Legenda Puteri Qaseh 2.
Hiburan

Janna Nick Akui Bukan Mudah Nak Dapatkan Anak - "Banyak Supplement Kena Makan, Kena Jaga Kesihatan Mental, Kurangkan Kerja..."

gempak
26/06/2024
02:25 MYT
Setahun sudah mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengacara Janna Nick mengakui dia kini dalam proses mencuba untuk mendapatkan zuriat.
Hiburan

Setahun Kahwin, Janna Nick & Dini Mandi Bersama Setiap Hari: “Kalau Tidak Sempat Buat..”

gempak
10/06/2024
17:07 MYT
Pasangan pelakon Dini Schatzman dan Janna Nick baru meraikan ulang tahun pertama perkahwinan mereka yang jatuh pada tanggal 10 Jun 2024.
Hiburan

Video Usik Ruhainies 'Penyondol' Tular, Janna Nick; "Jauh Di Sudut Hati Mengata Orang Jatuh Ditimpa Tangga, Saya Simpati Dengan Semua Pihak"

gempak
01/05/2024
01:50 MYT
Pelakon Janna Nick tiada niat untuk menyindir atau mengulas mengenai isu panas yang membabitkan mana-mana pelakon terutama Ruhainies.