HIBURAN
Bakal Tamatkan Zaman Bujang? Bibi Qairina Kunci Mulut - “Saya Tak Mahu Ulas Berlebihan Tetapi…”
Penyanyi, Bibi Qairina enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan dia bakal menamatkan zaman bujang pada tahun ini.
Bagaimanapun, pelantun lagu Aku Suka Dia itu tidak menolak sekiranya rezeki untuk naik ke jenjang pelamin pada usia muda dan meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buatnya.
“Insya-Allah, kita semua tidak tahu jodoh kita dengan siapa, jodoh terletak di tangan Tuhan. Saya hanya boleh merancang, tapi di atas (Allah) yang tentukan.
“Saya tidak mahu ulas terlalu berlebihan, tetapi minta semua pihak mendoakan yang terbaik untuk saya. Tetapi saya tidak menolak rezeki dan jodoh,” katanya.
Bibi atau nama lengkapnya Bibi Nur Qhairina Abu Bakar, 25, turut memberitahu dia dan buah hatinya itu masih belum mengikat tali pertunangan.
“Belum lagi, tetapi semuanya insya-Allah. Saya risau untuk kongsi berlebihan dan takut jika apa dirancang tidak menjadi. Saya hanya mampu doa yang terbaik sahaja. Semoga dipermudahkan,” tambahnya.
Hampir empat tahun menyulam cinta, Bibi akui kekasihnya itu mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya.
“Saya dan si dia sudah lama berkawan, sudah hampir empat tahun. Perjalanan hubungan kami baik-baik sahaja. Dia bukan orang dalam industri.
“Alhamdulillah, si dia ada ciri-ciri lelaki idaman saya. Saya sangat mementingkan seorang lelaki yang bertanggungjawab dan pandai mengambil hati saya dan dapat restu keluarga,” ujar Bibi.
Must-Watch Video