,
Hiburan

Bakal Bergelar Bapa, Da'i Syed Mahu Tukar Imej Bersesuaian - “Saya Berniat Potong Rambut…”

Mya Amri
22/07/2024
01:02 MYT
Pendakwah selebriti, Da'i Syed mengakui sedikit gementar untuk menimang cahaya mata sulung dan sekaligus memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa.

Mahu potong rambut & imej baharu

Disebabkan itu juga, Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful menyimpan hasrat untuk menukar imej baru yang lebih bersesuaian.
“Sejujurnya saya gementar untuk menjadi seorang bapa. Isteri saya, Hana sedang sarat dan hanya menunggu hari untuk melahirkan cahaya mata pertama kami.

“Nak menimang cahaya mata ini saya berniat mahu memotong rambut, maknanya saya mahukan imej baharu sebagai seorang bapa,” katanya ketika ditemui Gempak.

Lebih mengidam daripada isteri

Mengulas mengenai keadaan isterinya iaitu pengacara, Hana Ismail, Syed berkata dia berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang alahan.
“Alhamdulillah, Hana tidak mengalami alahan. Tak ada rasa elegik dengan benda lain atau pun saya, tiada dan dia baik baik sahaja.

“Mungkin lebih kepada saya kot sebab tiba-tiba ada rasa nak makan itu ini. Saya pula yang banyak mengidam daripada dia,” kongsinya.

Anak pembawa rezeki

Dalam pada itu, Syed juga tidak menolak bahawa kehadiran cahaya mata dalam kehidupannya membawa rezeki yang melimpah ruah.

“Mungkin bila nak jadi ayah ni rezeki juga semakin bertambah. Alhamdulillah, saya dapat tawaran berlakon filem, ada juga kerja-kerja sebagai agensi perlancongan dan isteri saya pun menjual batu kristal.

“Ini juga merupakan kali pertama saya berlakon filem, itu pun saya boleh katakan rezeki anak. Saya doakan kehidupan keluarga kecil saya ini dipermudahkan urusan. Insya-Allah,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:"Kami Sampai..." - Isteri Akui Rumah Tangga Pernah Goyah Berikutan Kontroversi Rogol Da'i Syed

ARTIKEL BERKAITAN:Isteri Didakwa Keguguran Kerana Kifarah, Da’i Syed Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Dua Wanita

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Terpinga-Pinga Buat Challenge TikTok, Netizen Syak Da’i Syed Tak Faham Bahasa Inggeris?

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Da’i Syed Main Hujan Dengan Isteri, Netizen Pula Akui Sweet Sampai Terseksa Jiwa Raga!

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Rogol: Da'i Syed Tarik Balik Rayuan

Selain Syed, filem Dajal: Satu Malam Diperdajal yang diarahkan Pierre Andre itu turut dibintangi oleh Amir Nafis, Jay Iswazir, Jaja Iliyes dan ramai lagi.
Terdahulu, Syed dan Hana mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022.
Sebelum ini, Hana pernah mengalami keguguran ketika usia kandungan memasuki 10 minggu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Pasang CCTV Atas Kepala Demi Keselamatan Anak Gadis

gempak
17/09/2024
18:50 MYT
Bapa yang terlalu sayangkan anaknya itu sanggup memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV) di atas kepala anaknya untuk tujuan perlindungan.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Berita

Bapa Bakar Anak Hidup-Hidup Kerana Keluar Rumah Tak Minta Izin

gempak
16/09/2024
07:55 MYT
Perbuatan kejam itu dilakukan Iwan Hasan, 44, terhadap puterinya, MH, 13, ketika kejadian di kediaman keluarga itu di Kelurahan Kota Baru, Ternate Tengah, Maluku Utara di Indonesia pada Khamis lalu.
Terkini

Bapa OKU Kudung Tangan dan Kaki Kendong Anak Naik Kerusi Roda Buat Netizen Luluh hati

gempak
13/09/2024
12:55 MYT
Kisah bapa yang kudung kedua-dua belah tangan dan kaki menggendong anak perempuannya sambil menaiki kerusi roda mengundang sebak netizen.
Laman Utama

Remaja Terselamat, Bapa Saudara Hilang Disambar Buaya

gempak
12/09/2024
03:25 MYT
Seorang remaja lelaki hanya mampu melihat bapa saudaranya disambar buaya sebelum hilang dari pandangan ketika mereka mandi di sungai Kampung Baru Marudu Darat, Jalan Ranau-Ranau, di sini pada petang Rabu.