,
Laman Utama

Bakal Bercerai, Hasnol Tak Tolak Masalah Kewangan Punca Kemelut - "Jatuh Hukum Sunat Melepaskan Isteri"

Syafiqah Jalal
05/10/2022
08:02 MYT
Penyanyi, Hasnol Hassan Ariff, 52, tidak menolak salah satu punca perceraian dia dan isteri Marina Mohin adalah kerana masalah ekonomi dirinya sebagai ketua keluarga.
Bekas Bintang Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) itu mendedahkan lapan tahun dulu dia pernah dinasihatkan untuk melepaskan isterinya jika ekonomi dirinya tidak kukuh.
“Dari hasil kaunseling itu... jujurnya, saya dinasihatkan, jika ekonomi saya masih tak dapat diperbaiki...Maka, jatuh lah hukum sunat untuk melepaskan isteri.
“Saya tahu sepatutnya saya sebagai seorang ketua keluarga dan suami, seharusnya ada kekuatan ekonomi untuk memberi nafkah pada anak-anak dan isteri.
“Justeru saya tak mahu menyiksa hidup isteri yang terpaksa memegang teraju rumahtangga kerana saya tak dapat melakukan tanggungjawab sebagai suami dengan sempurna,” katanya kepada Astro Gempak.
Penyanyi yang popular dengan lagu Laguku Untukmu itu diuhubungi Gempak menerusi aplikasi Whatsapp selepas dia mengesahkan bakal ke Mahkamah Syariah Bangi, Selangor esok pada Khamis untuk proses perceraian dengan isterinya pada sebuah portal media sebelum ini.
Selain itu, Hasnol juga akui punca rumah tangga mereka yang dibina sejak 12 tahun dahulu itu terpaksa diakhir kerana tidak sehaluan, sepakat selain tiada keserasian.
Dalam pada itu, mengulas mengenai isu sebelum ini dia mendakwa isterinya suka ke araha populariti, Hasnol akui tiada niat mengaibkannya.
“Mungkin ia disalahkan ertikan. Ya isteri saya memang ada sedikit kemahuan dalam meraih tempat di hati pengikut-pengikutnya dan peminat saya juga tapi secara jujurnya tidak keterlaluan.
“Sebaliknya dialah orang yang sentiasa berada disamping saya dari susah dan senang serta tidak seperti yang digambarkan,” jelasnya.
Walaubagaimanapun, Hasnol memberitahu dia sudah serik untuk berumah tangga lagi dan mahu memberi tumpuan kepada kerjaya dan ibunya.
“Saya serik hendak berkahwin lagi. Selepas ini saya akan cuba memperbaiki diri serta mengambil peluang menjaga ibu saya.
“Dari situlah barulah saya akan cuba mengorak langkah semula. Buat masa sekarang lebih baik saya fokus pada kekurangan diri dan saya tak mahu melantunkan kesalahan atau kesilapan saya kepada dia,”luahnya lagi.
Hasnol yang berkahwin dengan Marina pada 2010 dan mempunyai seorang anak iaitu Haneesa Maisara yang kini berumur 11 tahun.
Menerusi perkahwinan pertama dengan bekas isteri, Akhmarzuraikha Salleh, 52, dia dikurniakan tiga anak iaitu Aqeef Hayyat, 27, Aqeef Hilman, 24 dan Hanna Aeesya, 18 tahun.
Pada 2015 sebuah portal hiburan melaporkan rumah tangga pasangan ini yang bergolak pada awal tahun itu kembali pulih seperti sedia kala.
Ia berikutan mereka sepakat untuk menyelesaikan kemelut yang dialami secara baik dan memulakan kehidupan baharu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hiburan

“Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti Bagai…” - Individu Dedah Perangai Sebenar Fattah Amin

gempak
18/09/2024
23:55 MYT
Isu rumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan suaminya, Fattah Amin masih menjadi perbualan hangat di setiap media sosial sejak minggu lalu.