VIRAL
Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang, Tyra Kamaruzzaman Tampil Jawab Tuduhan Sengaja Nak Tumpang Populariti Elrah Exclusive
Pempengaruh dan ushawan, Tyra Kamaruzzaman berang apabila pengasas jenama baju Melayu, Elrah Exclusive iaitu El Azman menafikan dakwaan jenama tersebut telah meniru motif keris yang dimiliki keluarganya.
Mahu menegakkan keadilan buat suaminya, Tyra menerusi Instagram Story menegaskan simbol motif tersebut adalah hak milik keluarga Emran Rijal.
“Saya letakkan sebelah sebelah untuk tatapan umum. Kalau ini dikatakan bukan meniru, tak tahu nak cakap apa. Warna juga sama ya?
“Betul, keris itself in general is not owned by anyone tapi, silangan keris buko dan sepukal tu is what is what we own,” tulisnya.
Bukan hanya sekadar simbol motif keris, usahawan itu turut mendedahkan susur jalur yang terdapat pada rekaan samping keluarga suaminya juga didakwa ditiru oleh jenama tersebut.
“Susur galur untuk pemilikan sampin ni semua kita ada dan simpan. Ianya dimiliki oleh keluarga Emran dari lineage Istana Bukit Jugra, Selangor,” jelasnya.
Pada masa sama, Tyra juga menolak dakwaan yang mengatakan dia dan suaminya seolah-olah ingin mengambil kesempatan terhadap jenama Elrah Exclusive.
BERITA BERKAITAN: "Tuntutan Dibuat Tidak Berasas" - Elrah Exclusive Tampil Bersuara Dakwaan 'Plagiat' Motif Keris
BERITA BERKAITAN: Rekaan Samping Suami Tyra Kamaruzzaman Diciplak? Dah Contact Usahawan Baju Melayu Tapi Banyak Alasan - “Sudah Berbulan Lamanya…”
Katanya, Emran hanya mahu pertahankan warisan turun temurun dari keluarganya sahaja.
“Nak cakap kita nak be opportunist untuk ride on his brand untuk apa? Emran tak jual samping. Tak monetise apa apa dari design samping ini.
“Tujuan Emran adalah untuk pertahankan warisan keluarga dia sahaja,” tegasnya.
Bagaimanapun, pengasas kosmetik TK itu menegaskan mereka akan mengambil tindakan terhadap isu ini kerana rekaan serta simbol motif tersebut adalah hak cipta keluarganya.
“Takpa Allah Maha Adil. Kami akan ambil tindakan terhadap isu ini kerana rekaan dan simbol motif itu adalah copyright dari keluarga kami. Nak twist macam mana pun twist lah,” katanya.
Terdahulu, pengasas Elrah Exclusive, El Azman tampil menjelaskan kontroversi yang timbul berhubung penggunaan motif keris dalam koleksi Samping Raya Elrah Exclusive 2025.
Menurutnya, tuntutan yang dibuat oleh pihak terbabit tidak berasas kerana motif keris bukanlah hak milik eksklusif mana-mana individu atau organisasi.
Sebaliknya, merupakan sebahagian daripada warisan budaya Nusantara yang telah lama wujud dalam seni tekstil Melayu.
BERITA BERKAITAN: Beri Nama Tyara, Tyra Kamaruzzaman Selamat Bersalin Anak Sulung
BERITA BERKAITAN: Tyra Kamaruzzaman Tak Boleh Tahan Dah! Geram Dengan ‘Penyondol’ - “Awak Takkan Faham Macam Mana Sakitnya Sebab…”
Must-Watch Video