,
Hiburan

Bakal Adakan Konsert Skala Besar Di Malaysia, Sal Priadi Perlukan Persiapan Lebih Rapi - "Secara Jujurnya, Saya Gementar Memikirkan..."

Ernalisa
10/10/2024
12:55 MYT
Penyanyi Indonesia, Sal Priadi, mengakui berasa bimbang untuk mengadakan persembahan di Malaysia buat kali pertama memandangkan ia akan diadakan dalam skala yang lebih besar. BERITA BERKAITAN : Sarah Yasmine Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Individu Sebar Fitnah, Langgar Perintah Mahkamah

BERITA BERKAITAN : Peminat Bimbang Lihat Penampilan Terkini Lily Allen: “Anda Okay?”

BERITA BERKAITAN : Wanita Palestin Mengamuk Di WTKL Mohon Maaf, Tertekan Fikir Anak Di Gaza

BERITA BERKAITAN : "Dulu Orang Curang Sembunyi-Sembunyi, Sekarang..." - Adik Waniey Cuit Pendengar Dengan Lagu Curey Depe Mato

Menurut Sal, penampilannya di Malaysia memerlukan persiapan yang lebih rapi dan dia harus memberikan persembahan yang lebih baik.
Penyanyi dan penulis lagu yang semakin mencipta nama dalam industri hiburan, serta terkenal dengan lagu puitisnya, Gala Bunga Matahari ini akan mempersembahkan hampir 20 buah lagu dalam persembahan yang berlangsung selama dua jam.

“Sudah pasti saya mahu peminat dan penonton pulang dengan rasa gembira dan puas.

“Insya-Allah, suasana yang lebih santai pada malam itu nanti akan memberikan ketenangan dan keterujaan kepada peminat saya di Malaysia,” katanya.
Bukan sekadar ingin menyanyi, Sal turut berharap untuk mencipta kenangan indah bersama peminat yang hadir menyaksikan persembahannya pada malam Ahad ini.
“Secara jujurnya, saya berasa gementar memikirkan penerimaan penonton di sini (Malaysia).
“Namun, saya yakin penonton dan peminat ingin melihat sesuatu yang berbeza dalam persembahan saya,” tambahnya.
Persembahan ini juga merupakan sebahagian daripada siri jelajah Sal Priadi Zuzuzaza Tur 2024, di mana beliau akan menyampaikan lagu-lagu dari album keduanya, Markers & Such Pens Flashdisks.
Menurut Sal, album tersebut menggambarkan semangat kreativiti dan keyakinan dalam menghasilkan karya yang bermakna.
Sementara itu, Ketua Pengarah Eksekutif Kharisma Music, Ahmad Jeffny, selaku penganjur, berkata konsert Sal Priadi ini adalah peluang bagi penyanyi itu untuk berhubung dengan peminat di Malaysia secara lebih mendalam.
“Kami yakin konsert pada malam itu nanti akan memberikan impak besar kepada mereka yang datang menyaksikan persembahan Sal Priadi.

“Ini juga membolehkan Sal Priadi mendekatkan dirinya dengan para peminat di Malaysia,” ujarnya.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Boyz II Men Kembali Ke Kuala Lumpur Tahun Depan!

gempak
09/10/2024
19:40 MYT
Kumpulan legenda R&B, Boyz II Men akan kembali ke Kuala Lumpur sempena Boyz II Men Live In KL di Megastar Arena pada 25 Mei 2025.
Gaya Hidup

MY Gaya Month 2024 Martabatkan Barangan Buatan Malaysia

gempak
09/10/2024
18:26 MYT
Persatuan Pereka Bumiputera Malaysia (MBDA) telah melancarkan kempen MY Gaya Month 2024, yang bertujuan untuk menonjolkan serta mempromosikan barangan buatan Malaysia melalui produk fesyen, gaya hidup, dan pelancongan.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 6

gempak
09/10/2024
10:00 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 6 Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: Efek Rumah Kaca: Di Udara Kuala Lumpur

gempak
09/10/2024
10:00 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Efek Rumah Kaca: Di Udara Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

Menangi Tiket ke Muzikal Lawak Superstar musim 4 untuk minggu 4

gempak
09/10/2024
02:00 MYT
Siapa nak pergi ke Menangi Tiket ke Muzikal Lawak Superstar musim 4 untuk minggu 4 Secara Percuma? Memang best!
BorakSeeni