,
Laman Utama

"Baju TUDM Ini Satu Amanah Besar" - Datuk Adi Putra Bawa Watak Mejar Adnan Dalam Air Force The Movie: Selagi Bernyawa

Mya Amri
25/08/2022
01:34 MYT
Selepas kejayaan Mat Kilau, kini Datuk Adi Putra muncul pula dengan naskhah terbaharu iaitu filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa.
Berkongsi tentang penglibatannya dalam filem ini, Adi berkata cabarannya bukanlah terletak pada lakonan sebaliknya pakaian seragam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
“Pada saya cabaran terbesar selain lakonan adalah menyarungkan pakaian TUDM. Bukan mudah nak pakai pakaian seragam ini.
“Baju TUDM adalah satu amanah besar selain melambangkan benteng negara. Bagi saya ia sangat mencabar.
“Sebagai pelakon, bagi saya bukan sahaja nak tumpukan dari segi lakonan tetapi juga cara nak menyakinkan bahawa diri kita ini adalah salah seorang pegawai TUDM,” katanya ketika ditemui Gempak.
Adi melakonkan watak sebagai Mejar Adnan atau Lejen dalam Air Force The Movie: Selagi Bernyawa.
Selain Adi, filem ini turut dibintangi oleh Aiman Hakim Ridza, Scha Alyahya, Nas-T, Luqman Hafidz, Johan As'ari, Pablo Amirul, Jack Tan, Sara Ali dan ramai lagi.
Air Force The Movie: Selagi Bernyawa ditayangkan bermula hari ini, 25 Ogos.
Filem ini juga diterbitkan dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro, FXHammer Films dan SixFun Media.
Filem arahan Zulkarnain Azhar yang sebelum ini pernah mengarahkan filem J Revolusi (2017) dan Frank See yang pernah menulis skrip filem PASKAL (2018) ini juga ditayangkan di 170 lokasi di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Adi Putra Penyeri Filem Aksi Punjabi Malaysia Saazish, Pengarah Akui Sukar Bersaing Dengan Filem Bollywood

gempak
30/06/2024
09:38 MYT
Pengarah filem Arjin Uppal mengakui salah satu sebab membikin filem aksi Punjabi Malaysia berjudul Saazish demi mengetengahkan budaya dan bahasa Punjabi kepada generasi muda.
Hiburan

Kontroversi Aliff Aziz, Adi Putra Pesan Jangan Sentuh Isu Kewarganegaraan - "Kita Tak Mahu Letak Sentimen Kasta"

gempak
01/05/2024
00:30 MYT
Pelakon, Datuk Adi Putra tidak bersetuju apabila ada pihak cuba melagakan dan menyentuh isu kewarganegaraan seseorang susulan kontroversi dicetuskan pelakon dan penyanyi Singapura, Aliff Aziz.
Laman Utama

Si Genius Matematik Kini Bergelar Suami… Adi Putra Hadiahkan Isteri Wang Hantaran RM9,999,99

gempak
03/11/2023
01:50 MYT
Tahniah!
Laman Utama

Wak Doyok Pilih Calon Isteri Yang Boleh Tinggal Dengan Ibu - “Saya Juga Mementingkan Aspek..."

gempak
31/03/2023
08:00 MYT
Itu syarat Wak Doyok
Laman Utama

[VIDEO] Isteri Aaron Aziz Kongsi Resepi Kuetiau Goreng Yang Syamsul Yusof Makan Sampai Tambah 2 Kali

gempak
28/03/2023
09:00 MYT
Boleh cuba ni