,
Laman Utama

Baju Pelakon Ada Suku Kata Keramat Agama Hindu, Ini Respon PU Syed! - "Ambe Tegur Secara Terbuka Supaya..."

Fiza Kamarudin
21/10/2020
03:48 MYT
PU Syed Bakri Al-Yahya menerusi laman sosial Facebook (FB) dan Instagram (IG) telah memberi respon mengenai pakaian seorang pelakon lelaki di dalam sebuah drama.
Beliau yang lebih mesra disapa sebagai PU Syed itu turut memohon stesyen televisyen lebih sensitif mengenai pemakaian pelakon dalam drama-drama yang ditayangkan .
Menerusi foto yang dimuat naik PU Syed, pelakon lelaki tersebut memakai kemeja berwarna jingga yang terdapat lambang agama lain di bahagian leher.
PU Syed berkata, beliau terpanggil untuk membuat teguran secara terbuka selepas menerima kiriman Whatsapp yang meminta pandangannya berkenaan perkara tersebut.
“Mohon pihak televisyen perhalusi pakaian yang dipakai oleh pelakon-pelakon dalam drama yang ditayangkan di dalam siaran TV kalian ya.
“Ambe (saya) dapat satu Whatsapp yang meminta ambe respon isu memakai pakaian yang ada lambang agama lain.
“Terkini dalam sebuah drama bertajuk "Namaku Bedah", terdapat simbol agama hindu pada pakaian seorang arti, kemungkinan besar tersilap dalam memilih pakaian untuk digayakan,” katanya.
Tambah PU Syed lagi kesan dari sudut akidah juga boleh tercetus apabila seseorang memakai sesuatu lambang atau tanda agama lain dengan sengaja.
“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah membincangkan Hukum Menggunakan Barangan Yang Mempunyai Lambang Agama Lain.
“Muzakarah telah memutuskan bahawa orang Islam adalah DILARANG menggunakan barangan yang mempunyai lambang agama lain seperti salib sekiranya lambang-lambang tersebut dinyatakan secara zahir dan jelas.
“Mohon ditekuni teguran ini agar tidak berulang kembali terutamanya kepada pihak produksi drama atau filem.
“Ambe (saya) menegur secara terbuka ini agar masyarakat awam mengetahui hukum memakai sesuatu tanda agama lain adalah HARAM dan tidak dibenarkan,” tulisnya.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut memberitahu lambang tertera pada pakaian pelakon tersebut adalah perkataan Om yang merupakan suku kata suci dan keramat dalam agama-agama dari India, iaitu agama Hindu, Buddha, dan Jaina.

Mohon pihak @tv3malaysia perhalusi pakaian yg dipakai oleh pelakon² dlm drama yg ditayangkan di dalam siaran tv kalian ya Ambe dpt satu wassup yg meminta ambe respond isu memakai pakaian yg ada lambang agama lain Terkini dlm sebuah drama bertajuk "Namaku Bedah" yg disiarkan di TV3, Terdapat simbol agama hindu pada pakaian seorang artis kemungkinan besar tersilap dalam memilih pakaian utk digayakan dlm wataknya itu Kesan dari sudut akidah juga boleh tercetus apabila seseorang memakai sesuatu lambang atau tanda agama lain dgn sengaja Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah membincangkan Hukum Menggunakan Barangan Yang Mempunyai Lambang Agama Lain Muzakarah telah memutuskan bahawa orang Islam adalah DILARANG menggunakan barangan yang mempunyai lambang agama lain seperti salib sekiranya lambang-lambang tersebut dinyatakan secara zahir dan jelas. Mohon ditekuni teguran ini agar tidak berulang kembali terutamanya pihak produksi drama atau filem Ambe menegur secara terbuka ini agar masyarakat awam mengetahui hukum memakai sesuatu tanda agama lain adalah HARAM dan tidak dibenarkan Syed Bakri Al-Yahya #BiarTahuJanganDokTahu

A post shared by Syed Bakri Al-Yahya (@syedbakri_alyahyaofficial) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.