Baju Kahwin Dikritik, Errisa Puteri Terima Teguran Dengan Hati Terbuka - “Saya Memilih Warna Inner Yang Terlalu…”
Penyanyi dan pelakon muda, Errisa Puteri tampil memberi respons terhadap kritikan yang diterima berhubung busana perkahwinannya yang dikatakan terlalu seksi untuk sebuah majlis persandingan berkonsepkan adat Melayu.
Errisa atau nama penuhnya Errisa Puteri Hashim, 22, mengakui dirinya agak terkesan pada awalnya apabila membaca komen-komen netizen yang mempersoalkan pemilihannya terhadap busana berkenaan.
“Tapi selepas dengar pandangan dari semua pihak, saya rasa tak perlu terlalu memikirkan sangat. Kadang-kadang kita sendiri tak sedar bagaimana sesuatu pilihan itu akan memberi kesan kemudian hari,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Dalam pada itu, Errisa menerima segala teguran dengan hati yang terbuka dan tidak menyalahkan mana-mana pihak.
“Asalnya busana itu hanya menggunakan net nipis, tetapi saya dan suami sendiri telah meminta agar ia diubah sedikit supaya lebih sopan.
Meskipun sediha menerima teguran, pelakon siri popular SMK itu hanya berharap netizen dapat memberi pandangan secara lebih berhemah tanpa menjatuhkan maruah mana-mana pihak.
"Netizen ada hak untuk memberi padangan namun bagi saya cara menegur itu tidak perlu sehingga menjatuhkan seseorang. Kalau nampak kesalahan tegur sahaja tapi jangan sampai menghina atau menyinggung mana-mana pihak,” katanya.
Terdahulu, busana pengantin yang dipakai oleh pelakon dan penyanyi, Erissa Puteri semasa malam bersanding berjaya menarik perhatian netizen.
Menerusi satu hantaran di TikTok, Erissa kelihatan cantik menggayakan busana pengantin berwarna perak ketika berarak masuk ke dewan majlis bersama suaminya.
Bagaimanapun, rata-rata netizen menganggap busana itu kurang sopan kerana kelihatan seksi bagi majlis perkahwinan adat Melayu.
Sekadar info,pelakon dan penyanyi Erissa Puteri selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Danial Iskandar pada jam 11 pagi Jumaat.
Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh jurunikah, Dr Adam dalam sebuah majlis bertemakan serba putih di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur.
Pada majlis penuh istimewa itu, Erissa Puteri menerima mas kahwin 70 gram emas tunai.