Hiburan
Baim Wong Tuduh Curang, Paula Verhoeven: “Sebagai Isteri Saya Banyak Kekurangan…”
Kisah rumah tangga Baim Wong dan, Paula Verhoeven yang kini menuju perceraian menjadi ‘buruk’ selepas hos dan pelakonitu mendakwa isterinya curang bersama teman baik.
Namun Paula mengambil pendekatan mendiamkan diri saat Baim mendedahkan ‘rahsia’ tersebut beberapa minggu lalu.
Bagaimanapun selepas keduanya hadir ke mahkamah untuk kes perceraian, Paula akhirnya memberi kenyataan kepada media tempatan.
Sambil meminta maaf, Paula menafikan telah curang dalam perkahwinan dengan Baim. Segala yang dikatakan oleh bapa kepada dua orang anak mereka itu hanya tuduhan tidak berasas.
“Selama masa pernikahan sebagai isteri saya banyak kekurangan, namun dalam kesempatan ini saya ingin meluruskan ini bahwa berita perselingkuhan (curang) ini tidak benar,” ujar Paula seperti dilaporkan Kompas.
Model tersebut juga meyakinkan bahwa pengakuannya itu bukan bohong.
“Saya percaya, Allah maha mengetahui semua apa yang saya lakukan dan tidak saya lakukan, kerana semua perbuatan saya di dunia ini harus dipertanggungjawabkan di akhirat kelak,” katanya lagi.
Terdahulu Baim menerusi sidang akhbar mendedahkan punca dia mahu menceraikan Paula selepas enam tahun berkahwin adalah kerana wanita itu telah curang bersama salah seorang teman baiknya.
Must-Watch Video