,
Laman Utama

Bahayanya Babak Mona Allen Jatuh Lori Dalam 'Hati Yang Dikhianati' - "Dahlah Tengah Panas & Tak Ada Tilam..."

Amri Hassan
27/04/2021
03:25 MYT
Bintang drama bersiri Hati Yang Dikhianati, Mona Allen akui sukar untuk menjayakan babak dirinya terjatuh dari lori yang sedang bergerak.
Jelas Mona, selain perlu mengawal emosi, dia juga harus memastikan aspek keselamatan diri memandangkan tidak disediakan tilam seandainya dia betul-betul terjatuh secara tidak sengaja tanpa dirancang.
"Scene jatuh lori sangat mencabar sebab saya perlukan melakonkan scene tersebut di tengah-tengah panas dan kena betul-betul terjun.
"Tiada tilam, jadi memang buat betul-betul, real. Scene itu agak membahayakan nyawa tapi masih dijaga oleh pihak krew. Dan ada juga krew yang jaga lalu lintas.
"Susahnya nak bawa adegan tersebut kerana ia merupakan adegan yang panjang dan saya juga perlu bermain dengan emosi, jadi babak itu memang berat juga," ceritanya.
Bagaimanapun, Mona akui seronok melakonkan watak antagonis dalam drama adaptasi telenovela terkenal Mis Tres Hermanas itu.
"Pada mulanya bila Mona dilamar oleh pihak Global Station untuk melakonkan watak Margarita/Maria, saya terkejut dan excited untuk menerima watak itu, untuk sesiapa yang sudah pernah menonton Mis Tres Hermanas akan tahu yang watak ini sangat mencabar.
"Mona tak copy 100 peratus watak Margarita, malah membuat sedikit kelainan, dengan membawa unsur kemelayuan tapi at the same time tak nak lari dari watak sebenar Margarita sebab kita tak nak peminat cerita ni rasa cerita ni tak sampai," tambahnya.
Karya ‘Mis Tres Hermanas’ versi Malaysia ini diarahkan oleh sutradara Riza Baharuddin serta turut menampilkan barisan penulis skrip yang diketuai oleh Eenaz Mokhtar.
Drama ini turut menampilkan pelakon berbakat besar antaranya Isyariana, Amar Baharin, Zamarul Hisham, Che Puan Syamim Farid, Afifah Nasir, Arena Iman, Shah Iskandar, Mia Nasir, Fazlina Ahmad Daud, Sahronizam- Noor serta ramai lagi.
Tampil dengan format berbeza berbanding sebarang karya adaptasi yang pernah diterbitkan sebelum ini di platform Astro, buat julung kalinya struktur naratif penceritaan dan pembinaan watak naskhah ini bakal ditentukan berdasarkan konsep model interaktif terbuka atau ‘open-ended’ yang dipengaruhi oleh maklum balas audiens dan rekod jumlah tontonan dari semasa ke semasa.
Jumlah keseluruhan episod untuk drama adaptasi ini juga turut bergantung kepada penerimaan penonton.
Drama ‘Hati Yang Dikhianati’ bakal bersiaran menerusi slot Tiara secara eksklusif pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 12 April 2021 di saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Hasrat Balik Raya Tak Kesampaian, Lelaki Maut Dirempuh Ketika Rehat Tepi Jalan

gempak
16/06/2024
09:57 MYT
Seorang lelaki tidak sempat pulang ke kampung halamannya di Kampung Bertam, Gua Musang untuk menyambut Hari Raya Aidiladha apabila maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah lori dengan motosikal di Kilometer (km) 25, Jalan Lipis- Benta pada Ahad.
Hiburan

Mona Allen Selamat Bersalin Anak Kedua - “Sekarang Tengah Rehat…”

gempak
05/06/2024
11:55 MYT
Pelakon, Mona Allen memaklumkan dirinya selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Selasa.
Terkini

Duit Tabung Habis Berjudi, Pemandu Lori Resah Sebelum Ditemui Meninggal Dunia

gempak
15/03/2024
03:00 MYT
Seorang pemandu lori ditemui maut dipercayai menggantungkan diri menggunakan safety belt di pintu kiri lorinya di Cikande, Serang Bentan, Indonesia pada Selasa.
Laman Utama

"Jangan Tanya Dah Kenapa Saya Gemuk" - Mona Allen Umum Hamil Anak Kedua

gempak
27/12/2023
02:55 MYT
Dijangka bersalin awal tahun 2024.
Laman Utama

YouTuber Aqil Zulkiflee Terselamat Kemalangan, Lori Terbabas Ketika Balik Berniaga

gempak
05/11/2023
10:25 MYT
Aqil tidak cedera.