,
Laman Utama

Bahaya Ketum! Boleh Buat Ginjal Rosak, Jangkitan Dalam Darah & Radang Hempedu

Azwa Rahman
16/08/2022
18:08 MYT
Seorang lelaki dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami masalah jangkitan dalam darah (sepsis), ginjal rosak dan radang hempedu dipercayai akibat ketum.
Menerusi perkongsian oleh Public Health Malaysia, lelaki berusia 38 tahun tanpa sejarah perubatan itu mengalami demam, sakit perut, keletihan dan kencing gelap dua hari sebelum dimasukkan ke hospital.
“Dalam siasatan, pesakit dikatakan menelan 12 kapsul ketum dua kali sehari dalam masa beberapa bulan, dikatakan sebagai suplemen kesihatan.
“Pesakit didapati demam, nadi laju, kekuningan mata serta perut sakit apabila ditekan. Kencingnya mempunyai protein tinggi menunjukkan ginjal tidak mampu menapis dengan baik atau rosak,” tulisnya menerusi satu hantaran Facebook.
Lelaki itu juga mengalami anemia dan masalah hati manakala, ultrasound menunjukkan hempedu telah menebal disebabkan radang.
“Pesakit dimasukkan ke ICU dan sembuh selepas rawatan. Susulan itu, pesakit disarankan agar tidak lagi mengambil suplemen ketum tersebut,” ujarnya.
Berkongsi kes yang lain, seorang wanita berusia 45 tahun terlebih dos ketum telah mengalami kelesuan, kekeliruan, kehilangan pendengaran sementara serta bengkak dan lebam kaki kanan bawah.
“Pesakit didiagnosis dengan rhabdomyolysis (sel otot mati), compartment syndrome, disfungsi multiorgan termasuk kecederaan buah pinggang akut, kerosakan hati, dan jantung bengkak.
“Dia menjalani pembedahan fasciotomy kecemasan dan memerlukan hemodialisis. Fungsi buah pinggang dan hati wanita itu kemudian bertambah baik selepas dimasukkan ke ICU,” katanya.
Sementara itu, Public Health Malaysia menjelaskan, masalah buah pinggang dan kematian otot antara yang boleh dialami oleh individu jika terlibat dalam penyalahgunaan ketum.
Sumber: Kosmo Online!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Bomba Ketuk Pintu Rumah Ingat Saya Dah Mati" - Alya Iman Susah Bangun Tidur, Nafi Ambil Bahan Terlarang!

gempak
24/02/2024
02:00 MYT
Pelakon yang semakin melonjak naik, Alya Iman tular gara-gara menceritakan pengalaman dirinya yang dikatakan mempunyai masalah tidur (sleeping disorder).
Laman Utama

“Panas Baran, Badan Susut Nampak Tulang” - Isteri Derita Suami Ketagih Air Ketum, Sampai Berhutang!

gempak
11/05/2022
04:37 MYT
suaminya memang mengamalkan minuman ketum sebelum mereka mendirikan rumah tangga.