,
Laman Utama

"Bahagian Dia Hari Ini, Esok Lusa Kita Pun Belum Tentu" - Anne Ngasri Kongsi Foto Bersama Siti Bainun, Titip Pesanan!

Amri Hassan
04/05/2023
02:55 MYT
Pelakon Datin Anne Ngasri berkongsi sekeping fotonya bersama Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun bersama sepotong kata-kata pesanan.
Tulis Anne dalam hantaran berlatar belakangkan kota Makkah itu, dia mendoakan urusan Siti Bainun dipermudahkan dan mengingatkan diri sendiri untuk berkata-kata baik.
"Kepada Allah kita berserah…. Bahagian dia hari ni esok lusa kita pun belum tentu. Saya doakan Allah swt permudahkan segala urusan Bainun.
"Saya juga ingatkan diri saya sendiri berkatalah yang baik, jika tiada yang baik diam adalah jalannya.
"Siapa kita untuk menilai apa lagi menghukum. Semoga Allah swt mengampuni dosa kita semua. Amin," tulis Anne. Bagaimanapun, Anne menutup ruangan komen pada hantaran terbabit.
Semalam, Siti Bainun didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down dikenali Bella.
Siti Bainun didakwa melakukan perkara terbabit hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.