,
Laman Utama

Bad Indigo & Ashira Umum Bercerai, Rahsiakan Punca Perpisahan

Azwa Rahman
23/06/2022
09:54 MYT
Ahli kumpulan Indigo, Bad mengumumkan bahawa rumah tangganya bersama penyanyi Ashira sudah berakhir.
Menerusi laman sosial Instagram, Bad dan Ashira membuat keputusan itu di atas persetujuan bersama.
"Kami sudah capai persetujuan bersama, jadi kami dah sah berpisah tapi tetap berkawan. Kita memang nak berkawan sampai bila-bila," ujar Bad.
Dalam pada itu, jelas Ashira, dia tampil membuat pengumuman yang mengejutkan itu kerana tidak mahu ada pihak membuat spekulasi yang bukan-bukan.
"Kami tak nak keluar daripada mulut orang lain sebab banyak sangat cerita-cerita yang kat luar tu yang tak betul. Jadi harap benda ni jelaslah. Tak ada masalah antara kami, kalau ada masalah saya tak ada dalam kereta ni.
"Saya tak terima pertanyaan media yang ingin tahu apa punca perpisahan. Biarlah saya, dia dan Allah saja tahu," ujar Ashira.
Sementara itu, pasangan itu juga tidak mahu orang ramai bertanyakan punca perpisahan mereka dan ia juga bukan berpunca daripada orang ketiga.
"Saya sayang dia. Apa sebabnya kita tak boleh cerita.. Yang penting tak ada orang ketiga. Apa-apa yang berlaku dalam perkahwinan ni itu adalah satu aib. Mendedahkan aib walaupun sendiri yang mendedahkan adalah dosa.
"Biarlah saya, dia, keluarga dan yang di atas je yang tahu. Harap jelas, semoga tiada ada lagi pertanyaan mana Ashira, mana Bad, kenapa lama tak nampak. Minta semua jangan cerita benda tak betul fasal kami," ujarnya lagi.
Sekadar info, Bad, 46, dan Ashira Aziz, 36, melangsungkan pernikahan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 11 Mac tahun lalu.
Ini adalah perkahwinan kedua masing-masing. Dalam perkahwinan pertama, Ashira dikurniakan seorang anak, Megat Shazril Haziq Hadi, 15, manakala Bad pula memiliki dua anak iaitu Rayyan, 12, dan Rania, 11.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gegar-vaganza-11

GV11: Tema ‘Kembali Menyengat’ Jadi Taruhan Di Pentas Pembukaan, Semak Senarai Lagu Minggu Pertama

gempak
22/11/2024
11:25 MYT
Dengan bertemakan “Kembali Menyengat” 14 peserta yang bersaing akan membawakan lagu hit pertama mereka dalam industri seni suara.
gegar-vaganza-11

GV11: Sudah Lama Menanti, Yazid Lovehunters Siap Sedia Beraksi - “Sebenarnya Saya Dah Lama..”

gempak
18/11/2024
13:55 MYT
Menurut Yazid, dia sudah lama menantikan peluang untuk menyertai program yang sudah masuk edisi kesebelas itu.
gegar-vaganza-11

GV11: Nai Dinamik Pernah Buat Keputusan Untuk Tinggalkan Dunia Hiburan - “Saya Balik Ke Sarawak Untuk Beri Fokus Kepada Keluarga”

gempak
14/11/2024
03:55 MYT
Nai yang juga merupakan peserta Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) menjelaskan keputusan yang dibuatnya itu adalah untuknya memberi tumpuan kepada keluarga dan juga agama.
gegar-vaganza-11

GV11: Reshmonu Teruja, Sahut Cabaran Nyanyikan Lagu Dangdut - "Itu Memang Susah, Saya Pun Tak Dengar ..."

gempak
11/11/2024
03:55 MYT
Sebagai penyanyi, Reshmonu memandang GV ini merupakan satu konsep pertandingan yang serius berbanding program, Masked Singer yang pernah dia sertai dahulu.
gegar-vaganza-11

GV11: Ambil Cuti Tanpa Gaji & Tak Minum Ais Langsung, Fairuz Selamat Cabar Diri Mahu Bolos Ke Final – “Kita Dah Lama Tak Menyanyi, Bagilah Peluang”

gempak
10/11/2024
08:50 MYT
Penyanyi Fairuz Selamat mengakui penyertaannya dalam program realiti nyanyian popular Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) adalah peluang terbesar dalam karier nyanyiannya.
Unitar