Berita
"Baby Ada Dah, Tapi..." - Diasak Soal Cahaya Mata, Ini Respons Sufie Rashid
Penyanyi Sufie Rashid mengakui dirinya juga tidak terlepas daripada kerap ditanya mengenai soal menimang cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga pada tahun lalu.
Begitupun, menurut Sufie, 29, dia dan isterinya, Nurulain Md Yusof masih belum dikurniakan rezeki lagi untuk menerima kehadiran 'orang baru' dalam hidup mereka.
"Baby ada dah..tapi baby kucinglah di rumah (berseloroh).
"Belum lagi ada. Insya-Allah kalau diberikan rezeki, jika Allah dah tetapkan masanya, saya akan kongsikan," katanya kepada Astro Gempak.
Sufie ditemui sewaktu sidang media kempen 'Malaysiaku, Kita Selamat Bersama' di TPC Kuala Lumpur.
Menurut Sufie lagi, sebagai insan yang baru mendirikan rumah tangga hampir setahun, dia akui soal anak sering menjadi tumpuan.
Begitupun, situasi itu tidak pernah menjadi satu tekanan buatnya.
"Biasalah bila orang kahwin, soalan itu dah jadi klise, saya terima sahaja.
"Bila gemuk sikit kata, ada baby ke..bila kurus orang cakap macam tak sayang bini pula.
"Keluarga memang ada bertanya soal anak, tapi mereka tidaklah sampai push (desak)," katanya.
Sufie yang merupakan juara Akademi Fantasia 2015 mendirikan rumah tangga dengan Nurulain pada 21 September 2019.
Must-Watch Video