FILEM
Babak Solat Taubat Dalam Qodrat 2 Bukti Kekuatan Sebenar Melawan Kejahatan - “Sejauh Mana Seseorang Tersesat…”
Bagi seorang Muslim, solat taubat bukan sekadar solat sunat, tetapi satu bentu komunikasi paling jujur dengan Allah SWT dalam keadaan kita paling lemah.
Ia dilakukan apabila seseorang benar-benar insaf atas dosa yang telah dilakukan, dan ingin kembali kepada jalan kebenaran.
Rasulullah SAW sendiri bersabda, “Setiap anak Adam melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat” (HR Tirmizi).
Dalam filem Qodrat 2, babak di mana Ustaz Qodrat akhirnya sujud dalam tangisan, memohon keampunan dan kekuatan daripada Allah.
Babak yang dijayakan pelakon, Vino G. Bastian dan Acha Septriasa itu membawa mesej besar bahawa walau sejauh mana seseorang tersesat, pintu taubat sentiasa terbuka.
Qodrat 2 tegaskan bahawa solat dan taubat adalah kekuatan sebenar melawan kejahatan, nyata atau ghaib.
Filem arahan Charles Gozali ini bukan sekadar seram tetapi hadir dengan harapan iaitu kembali kepada Allah sentiasa terbuka, walau diburu silam dan makhluk ghaib.
Untuk info, filem Qodrat 2 terbitan MAGMA Entertainment dan Astro Shaw ini masih mengikuti perjalanan Ustaz Qodrat (Vino G. Bastian) selepas menyelamatkan Alif daripada cengkaman Asuala.
Kali ini, tumpuan beralih kepada usahanya mencari isterinya, Azizah (Acha Septriasa) yang mengalami kemurungan selepas hilang akidah.
Berbeza dengan Qodrat (2022) yang masih penuh misteri, filem kedua ini menyajikan kisah yang lebih mendalam dan perlahan-lahan menyingkap latar belakang keluarga Qodrat.
Dengan visi sedemikian, pengarah, Charles bijak memutuskan untuk mengubah sudut pandangan bercerita. Tumpuan kini beralih kepada Azizah, isterinya.
Saksikan Qodrat 2 yang kini ditayangkan di pawagam seluruh negara.
Must-Watch Video