,
Berita

Azrinaz Beringat Pasal Zakat, Netizen Pula Tengok Perut Macam Ada 'Isi'

Elrafaei Sapi
23/11/2018
08:14 MYT
Golongan selebriti mungkin terlupa membayar zakat daripada pendapatan yang diterima tapi personaliti TV popular, Azrinaz Mazhar Hakim berkongsi ingatan tersebut menerusi media sosial.
Ujarnya, ramai individu dalam kalangan kita sendiri yang mengambil mudah atau bersikap terlepas pandang mengenai zakat kerana menyangka mempunyai banyak masa.
"Sedangkan rukun Islam ke-3 ini adalah tuntutan sepanjang masa bukan sekali seumur hidup dan juga bukan sekali dalam 10 tahun," katanya.
Akuinya, sebagai manusia dia juga hampir terlupa terhadap tanggungjawab tersebut.
"Saya pun kadang-kadang hampir terlupa. Ada yang buat-buat lupa, ada yang tak pernah lupa. Tapi ada juga kalangan kita yang pening nak kira," katanya.
Status selebriti itu turut menarik perhatian netizen di media sosial yang menyokong kenyataan tersebut.
"Saya setuju CP. Saya dulu selalu terlupa. 'Last-last' buat potongan gaji tak lupa. CP takpe, tak potong gaji dah sebab bos. Saya kene potong gaji baru 'confirm' teringat," kata netizen yang hanya dikenali sebagai @momo_hemos2.
Begitu juga, netizen iaitu @olivequeen97 juga berpandangan menerusi cara potongan gaji lebih mudah untuk membayar zakat.
Dalam status itu, Azrinaz juga berkongsi gambarnya bersama qariah terkenal, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman Al Yahya.
Dalam banyak komen tersebut, sempat lagi netizen bertanyakan sama ada Azrinaz sudah mengandung apabila melihat bentuk badan selebriti itu.
"CP nampak macam ada isi," kata @irenedahayu.
Bagaimanapun, Azrinaz pula menjawab agar netizen mendoakan buatnya dan sambil bergurau, memberitahu bentuk perutnya itu hanyalah isi makanan.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @azrinazmazharhakim
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Puteri Ameerah Curi Tumpuan Ramai Ketika Hadiri Istiadat Pertabalan YDP Agong – “Cantik Macam Bonda Dia”

gempak
20/07/2024
13:25 MYT
Menerusi perkongsian sebuah akaun di Instagram (IG), Puteri Ameerah dilihat jelita dan manis ketika berjalan memasuki Balairung Seri, Istana Negara bersama kerabat diraja Brunei.
Viral

Azrinaz Mazhar Hakim Dedah Kenapa Dia Mendiamkan Diri Selama Sebulan

gempak
02/04/2024
14:25 MYT
Bekas wartawan penyiaran, Azrinaz Mazhar Hakim akhirnya mendedahkan kepada pengikutnya sebab mengapa dia mengambil keputusan untuk berdiam diri selama sebulan.
Personaliti

“No Winter Boots This Time. Forget About Gucci Boots.” – Cik Puan Azrinaz Lupakan Percutian Musim Sejuk Tahun Ini

gempak
26/12/2021
01:00 MYT
Kebiasaan hujung tahun, beliau selalunya akan ke luar negara untuk bercuti tapi tidak kali ini apabila memilih untuk turun padang membantu mangsa banjir mencuci rumah.
Laman Utama

Runsing Fikir Nasib Individu Hilang Pendapatan, Azrinaz Mazhar Hakim Hulur Bantuan - "DM Saya Beserta Dengan Akaun Bank"

gempak
04/07/2021
00:58 MYT
Saya nak bantu tapi saya tak boleh keluar.
Laman Utama

“Girl Or Boy Pakai Je Lah Baju Kakak”- Lagi 10 Minggu Bersalin, Azrinaz Tak Beli Baju Baby

gempak
05/02/2021
00:50 MYT
Lagi 10 Minggu Bersalin, Azrinaz Tak Beli Baju Baby