,
Laman Utama

Azmi Saat Teruja Lagu Tulus Diterbitkan Selepas 12 Tahun, Hadiah Buat Isteri Tercinta

Fiza Kamarudin
18/11/2020
01:22 MYT
Vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat bersyukur kerana lagu Tulus yang dicipta 12 tahun lalu, akhirnya diperdengarkan kepada umum.
Lagu Tulus dicipta Azmi sekitar awal tahun 2008 ketika sedang menunggu keputusan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM).
Ketika itu, Azmi telah mengambil peluang untuk mempelajari selok-belok teknik rakaman audio dengan menggunakan komputer melalui kawan-kawannya.
Daripada lirik, melodi, susunan muzik dan rakaman semuanya hasil nukilan sendiri. Lagu Tulus adalah projek pertama yang berjaya disiapkan hasil dari cubaan tersebut.
Ibarat bulan jatuh ke riba, pada awal 2020 Azmi telah dilamar oleh Valient Music sebagai artis rakaman.
Azmi kemudiannya memperdengarkan Tulus kepada pihak Valient Music dan mereka bersetuju untuk menggunakan khidmat Ezra Kong bagi menerbitkan lagu tersebut.
“Ketika saya ditawarkan kontrak rakaman dari Valient Music, saya terus terima kerana mereka memberi peluang kepada saya untuk mengetengahkan karya-karya saya di samping peluang untuk bekerjasama dengan produser terkenal, Ezra Kong.
“Perasaan saya sangat teruja kerana ini adalah lagu pertama yang saya cipta sendiri. Lebih mengujakan saya lagi apabila lagu ini mendapat sentuhan dari produser terkenal Ezra Kong.
“Apa yang membuatkan saya lebih teruja ialah mereka (Valient Music) juga galakkan saya supaya terus mencipta lagu sendiri dan mendalami tentang produksi muzik,” kata Azmi kepada Gempak.
Tulus berkisar tentang kisah perasaan Azmi yang mula merasai hadirnya cinta yang tulus dari seseorang pada dirinya.
“Lagu Tulus dicipta khas buat teman istimewa saya waktu itu dan kini si dia sudah pun bergelar isteri saya.
“Saya cipta lagu itu sebagai tanda memohon kemaafan dan luahan rasa cinta terhadap kekasih saya ketika itu,” ujarnya.
Dalam pada itu, Azmi juga berharap agar pendengar sentiasa melakukan kebaikan kepada orang lain walaupun tidak mendapat balasan sebagaimana yang diharapkan.
Katanya, sifat tulus ialah tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan atau faedah dari setiap perkara yang dilakukan.
Tulus diterbitkan oleh Universal Music Malaysia dan Valient Music. Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, KKBox, Deezer, Joox, iTunes dan YouTube.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Azmi Saat Offer Diri Jadi Pemain Import Kaki Bangku ERA, Ini Reaksi Nabil Ahmad!

gempak
23/01/2024
07:33 MYT
"Aku speechless," demikian reaksi penyampai radio ERA, Nabil Ahmad ketika menerima panggilan video dari Azmi Saat untuk menyertai pasukan Kaki Bangku Nabil.
Gegar Vaganza All Star

Jihan Muse Mohon Maaf Pada Azmi Saat!

gempak
18/10/2023
05:50 MYT
Jangan ulang!
Laman Utama

“Ramai Orang Tak Gemar Kecacatan Dibuat Main” - Azmi Saat Tak Kecil Hati Dengan Jihan Muse

gempak
18/10/2023
02:55 MYT
Azmi okay je dengan Jihan & Nabil.
Laman Utama

Warga Palestin Disekat Solat Aidilfitri, Azmi Saat & One Path Lancar Lagu Perjuangan! - "Sudah Tiba Masanya ..."

gempak
04/05/2023
09:18 MYT
Hari raya lah kesempatan yang terbaik untuk kita kembali bersatu.
Laman Utama

Tiada Gimik! Nabila Razali Yakin Lagu ‘Tulus’ Ada Kekuatan Tersendiri - “Tak Boleh Lari Dari Tanggapan Orang Gelar Saya Ratu…”

gempak
30/03/2023
02:00 MYT
Jom dengar lagu Tulus